Kluster mahkamah berkemungkinan besar ke Putrajaya


  • Politik
  • Selasa, 29 Nov 2022

Empat ahli Parlimen mempunyai kes mahkamah dikatakan bakal dilantik menjadi menteri Kabinet.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi mengumumkan siapa yang bakal menjadi menteri Kabinet di bawah pentadbirannya.

Senarai nama ini mungkin memakan masa kerana beberapa perbincangan perlu dilakukan dengan beberapa parti politik yang setuju untuk menubuhkan kerajaan.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menegaskan pendiriannya untuk mengeluarkan mana-mana ahli Parlimen yang terpalit isu rasuah dan salah guna kuasa daripada menyertai Kabinet.

Namun, beliau juga memaklumkan yang isu berbangkit berkenaan perkara itu perlu dibincangkan bersama parti-parti komponen dalam kerajaan perpaduan.

Berkemungkinan juga nama-nama ahli Parlimen yang terlibat kes mahkamah (juga dipanggil kluster mahkamah) akan dilantik menjadi menteri disebabkan pengalaman mereka sebelum ini.

Berikut Majoriti senaraikan empat ahli Parlimen yang terlibat dengan kes mahkamah dan berpotensi dilantik memegang jawatan menteri Kabinet di bawah pentadbiran Anwar:

Barisan Nasional Chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi delivers his keynote address at the BN Selangor Convention in Setia Alam Convention Centre Shah Alam. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Ahmad Zahid Hamidi

Pada 24 Januari 2022, Mahkamah Tinggi memerintahkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Zahid yang juga pengasas yayasan terbabit.

KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercakap pada sidang media selepas menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Syed Saddiq didakwa atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda) itu juga didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 di

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Syed Saddiq membela diri bermula 22 hingga 24 Februari serta 13 dan 14 Mac dan 10 hingga 14 April tahun hadapan.

PUTRAJAYA, 4 Okt -- Menteri Kewangan Lim Guan Eng bercakap pada sesi sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad, sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek.

Bekas Setiausaha Agung DAP itu, juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik Kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

KOTA KINABALU, 26 Julai -- Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bung Moktar Radin

Datuk Seri Bung Moktar Radi, 64, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu didakwa menerima rasuah daripada Madhi melalui isterinya, Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara pukul 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram