BAKAL bertemu dengan pasukan Projek FAM-MSN, pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman menasihati pemain skuad The Red Warriors (TRW) untuk tidak melengahkan masa dalam perlawanan bola sepak pada perlawanan aksi Liga Premier pada Jumaat.
Lebih dikenali dengan nama Zamsaham, beliau membuat teguran tersebut melalui satu hantaran di halaman Facebook miliknya.
"Mudah-mudahan pemain TRW jangan main asyik jatuh sikit baring,kecuali benar-benar tercedera.
"Jangan lengahkan masa perlawanan.
"Jangan buat-buat baring tahu.
"Lawan sesiapa pun, kita kena usaha kerana pasukan yang lemah tidak semestinya boleh menang.
"Bola itu bulat, perlu berhati-hati dan waspada selalu," tulisnya.
Teguran itu disambut baik oleh kalangan peminat fanatik bola sepak Kelantan.
"Setuju bos Zam. Bukan team bos sahaja, malah pasukan Liga Malaysia kita yang lain masih mempunyai mentaliti seperti ini.
"Spoil mood betul. Susah bola kita nak maju," kata Mohd Farouk Abd Rahman.
"Betul itu bos, bila sudah mendahului pasukan lawan, pemain mula lengahkan masa.
" Rosak game play, tengok pun tak syok.
"Tapi bila sudah seri boleh pulak 'pulun' cari gol saat-saat akhir. Hilang semua sakit," tulis Indra Sulaiman.
Untuk rekod, selepas 12 perlawanan Kelantan FC menduduki tempat pertama dalam carta Liga Premier dengan mengumpul 29 mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram