Dikritik jadi juri fesyen, penampilan Siti Nurhaliza dapat jolokan 'kg.com'?


  • Hiburan
  • Rabu, 22 Jun 2022

Penampilan Siti Nurhaliza dikatakan seperti selera 'mak datin'. — Twitter

KELIBAT penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri di sebuah program fesyen mendapat kritikan wrganet yang menyifatkan selebriti itu tidak seuai untuk duduk di posisi berkenaan.

Bukan kerana penampilannya tidak cantik, tetapi pelantun lagu Cindai itu dianggap tidak menonjol sebagai selebriti yang mempunyai deria fesyen terkini (up to date).

Pekara itu disuarakan pengguna Twitter menerusi ciapan @keemmazni yang berkongsi, "Siti Nurhaliza bagus dalam semua perkara tetapi bukan fesyen."

siti fesyen

Rata-rata pengguna Twitter bersetuju dengan kenyataan itu dan menyatakan bahawa penampilan yang dikenakan Siti Nurhaliza sejak kebelakangan ini agak 'ke laut'.

Pemilik akaun, @PrinceRayDauz juga berkongsi bahawa citarasa fesyen Siti Nurhaliza pada ketika ini tidak seperti dulu.

"Saya antara peminat Siti Nurhaliza, kalau bab nyanyian memang dia hebat tetapi fesyen maaf cakap.

"Sekarang dia suka yang ala ropol-ropol, pendek kata seperti mak datin, dulu ringkas tetapi cantik, sekarang sukar untuk dibicarakan," katanya.

siti fesyen 1

Sementara itu, pemilik akaun, @rashford32 pula mencadangkan supaya Siti Nurhaliza mengambil seorang penata gaya untuk memperbaiki penampilannya sebagai selebriti.

"Masalah Siti Nurhaliza dan fesyen berpisah tiada, dia perlu ambil penasihat fesyen yang bertauliah.

"Pasukan sekarang sangat mengecewakan, sememangnya mangsa fesyen," ujarnya.

siti fesyen 2

Dalam pada itu, pemilik akaun @ninareza2806 pula berpandangan bahawa, personaliti Siti Nurhaliza yang 'ala kampung' membuatkan setiap pemakaiannya tidak menyerlah sebagai tarikan fesyen.

"Ada orang pakai baju walau RM15,000 pun tidak boleh memberi keadilan kepada estetika pakaian tersebut, mungkin kerana personaliti beliau yang sangat tipikal 'kg.com',

"Berfesyen bukan hanya mengenakan pakaian berjenama pereka ternama tetapi juga berkait dengan cara kita berjalan, bercakap dan membawa diri," kongsinya.

siti fesyen 3

Terdahulu, memetik laporan Selangor TV, Siti Nurhaliza merupakan salah seorang juri untuk program, Selangor Fashion Accelerator anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) yang bakal berlangsung pada 1 Ogos hingga 23 September 2022.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram