Siti Nurhaliza ada cara tersendiri perkenal lagu klasik kepada generasi baharu


  • Hiburan
  • Khamis, 12 Mei 2022

Siti Nurhaliza menggunakan video animasi untuk memperkenalkan lagu kanak-kanak klasik kepada kanak-kanak.

KEBANYAKAN anak-anak kecil sekarang banyak disua dengan lagu-lagu dan video klip animasi dari barat. Amat jarang anak-anak milenium diperkenalkan dengan lagu kanak-kanak klasik tempatan.

Disebabkan itu juga, penyanyi terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan Medley Klasik Siti 2 untuk mendedahkan kepada generasi baharu mengenai lagu klasik tempatan.

Medley Klasik Siti 2 terdiri daripada rangkaian lagu Air Pasang Dalam, LaguTiga Kupang, Anak Odeng dan Kalau Rasa Gembira.

Menurut Siti, penampilan lagu dengan dengan video muzik dalam bentuk animasi sememangnya digemari oleh kanak-kanak.

"Ini merupakan salah satu cara untuk saya memperkenalkan lagu kanak-kanak klasik kepada generasi baharu," katanya.

WhatsApp Image 2022-05-11 at 7.04.26 PM

Siti merasakan perlu untuk dirinya memperkenalkan lagu kanak-kanak klasik kepada generasi baharu.

Jelas Siti, idea untuk menghasilkan album kanak-kanak itu adalah kerana setiap karya lagu klasik ini baginya adalah satu khazanah muzik yang perlu dihargai.

"Saya gembira kerana dapat menerbitkan album yang boleh dijadikan rujukan pada masa depan.

"Lagipun lagu-lagu ini jugalah yang menjadi dendangan orang tua kita satu masa dahulu," katanya.

Muzik video Medley Klasik Siti 2 juga merupakan kerjasama antara pihaknya bersama Shopee dan boleh ditonton menerusi saluran YouTube Siti Nurhaliza.

Untuk rekod, video muzik animasi arahan M. Husien ini menampilkan maskot Shopee, orang utan, yang bernama Sean & Sophie.

Jalan ceritanya pula mengisahkan pada tahun 2170 apabila bumi tidak lagi selamat untuk didiami.

Kisah tentang seorang pemuda yang sedang bersenam di sebuah taman rekreasi hologram berpengkalan di angkasa, secara tiba-tiba beliau termasuk ke dalam satu dimensi teleportasi masa lalu di bumi.

Di alam dimensi masa lepas ini, pemuda tersebut dapat melihat keindahan flora dan fauna dan juga suasana kampung yang wujud di masa lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram