Dah jangka jalan raya sesak, Siti ada 'planning' sendiri pulang beraya


  • Hiburan
  • Ahad, 01 Mei 2022

Siti memilih untuk pulang pada raya pertama kerana sudah menjangka jalan raya akan sesak.

SEJAK Jumaat lalu, heboh di media sosial berkenaan dengan kesesakan jalan raya ekoran ramai yang pulang ke kampung untuk beraya selepas dua tahun disekat bagi kerana pandemik Covid-19.

Sudah menjangka perkara itu akan berlaku, penyanyi terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, disebabkan itu dia memilih untuk pulang ke kampung pada raya pertama.

"Memang saya dah jangka yang raya kali ini pasti jalan raya akan sesak teruk sebab semua nak balik beraya ke kampung selepas dua tahun tak dapat pulang.

"Sebab itu saya pilih untuk sambut Syawal pertama di Kuala Lumpur dahulu sebelum pulang ke kampung.

WhatsApp Image 2022-04-30 at 11.28.51 PM

Siti sempat mengerjakan umrah pada bulan Ramadan.

"Bagilah orang lain beraya dulu dan bila keadaan trafik dah reda sedikit, barulah kami pulang ke kampung," katanya kepada Majoriti.

Namun menurut Siti, dia masih belum membuat keputusan sama ada mahu pulang ke Kedah atau Kuala Lipis, Pahang terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Siti turut memberitahu yang dia begitu teruja untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.

"Kita semua rindu nak rasa sambutan Aidilfitri sama seperti sebelum Covid-19 melanda dan rasanya kali inilah baru kita dapat raikan betul-betul.

"Tapi janganlah terlalu teruja sampai hilang semua langkah berjaga-jaga untuk elak dijangkiti Covid-19.

"Risiko tetap ada jadi mana yang kita boleh kawal, kita cuba lakukan untuk mengurangkan risiko dijangkiti," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram