Waspada Bangsa Johor, JDT diserang 'cybertroopers'


  • Podium
  • Jumaat, 17 Jun 2022

Tindakan cybertroopers didakwa bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat Johor dan penyokong JDT. — Awani

PROVOKASI di media sosial yang membabitkan nama Johor Darul Takzim (JDT) sebenarnya didalangi oleh tentera siber (cybertroopers) yang didakwa mahu memecahbelahkan rakyat Johor dan penyokong JDT.

Perkara itu didedahkan oleh pemilik akaun Facebook, Mat Mat menerusi satu hantaran oleh di grup JDT Fans Team.

JDT siber

Katanya, perkara itu 'terbongkar' selepas beberapa siasatan dan kaji selidik menyeluruh yang dilakukan oleh pasukan teknikal yang mendedahkan bahawa kelab JDT sedang menghadapi serangan dunia siber.

"Kami mendapati bahawa 40 hingga 50 peratus komen di halaman media sosial kami, terutamanya Facebook, adalah daripada kalangan cybertroopers yang telah meletakkan komen-komen di halaman kami dengan memberi tanggapan palsu mengenai segala-galanya.

"Untuk maklumat anda, terdapat juga cubaan untuk menggodam laman web dan akaun-akaun media sosial JDT hampir setiap jam setiap hari." katanya pada Khamis.

Tambahnya lagi, dia berharap agar penyokong sejati JDT tidak akan menjadi mangsa taktik tersebut kerana dakwanya terdapat pihak-pihak tertinggi yang berkedudukan dan memiliki kuasa cuba untuk memecahbelahkan rakyat Johor dan penyokong JDT.

Jelasnya lagi, pihaknya terpaksa membuat pengumuman tersebut kerana merasakan ia sebagai satu keperluan untuk berkongsi maklumat tersebut dengan penyokong JDT

"Kita semua rakyat Johor perlu bersatu dan apabila bersatu kita akan semakin kuat.

"Jangan terpengaruh dengan cybertroopers" ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram