TMJ kekal teraju JDT - Sultan Johor


  • Podium
  • Khamis, 16 Jun 2022

Tunku Ismail kekal setia menerajui pasukan JDT. — Instagram Tunku ismail

KERIBUTAN arena bola sepak tempatan kembali tenang apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengesahkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap berada di bawah pentadbiran anakanda sulung baginda.

Baginda bertitah, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kekal menerajui dan mengendalikan pasukan Harimau Selatan.

"Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja, terus menerajui dan mengendalikan pasukan bola sepak JDT bagi memartabatkan sukan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jumaah Majlis Diraja Johor.

Surat rasmi bertarikh 16 Jun 2022 ini ditandatangani oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Seminggu lalu, TMJ mengumumkan beliau membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan JDT.

288302569_10160219113612074_9094846769349285789_n

Titah baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. — Facebook

Perkhabaran itu tentu sahaja menggembirakan peminat setia JDT termasuk pencinta sukan bola sepak.

Tentu sahaja sedia maklum bahawa Tunku Ismail menjadi tunjang utama bahkan tulang belakang dalam mentrasformasikan pasukan yang kini menjadi antara team digeruni dalam lapangan bola sepak tanah air.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram