Kami mai jauh-jauh sokong hangpa, tak ucap terima kasih.. Blah macam tu ja — Penyokong Kedah terkilan


  • Podium
  • Rabu, 11 Mei 2022

Antara penyokong KDA FC yang hadir pada perlawanan menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Selasa. — Facebook/Asyraf

KEGAGALAN Kedah Darul Aman (KDA) FC mempertahankan kelebihan dua jaringan ketika menentang PJ City FC dalam aksi Liga Super pada Selasa ternyata mengecewakan para penyokong yang mahukan kemenagan selepas tewas dua perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Selain daripada keputusan perlawanan itu, penyokong Sang Kenari yang hadir ke stadium turut berasa terkilan dengan tindakan ketua jurulatih dan para pemain selepas perlawanan itu.

Seorang penyokong KDA FC yang dikenali sebagai Asyraf meluahkan kekecewaannya atas tindakan ketua jurulatih, Aidil Shahrin Sahak dan para pemain yang didakwa tidak menghargai penat lelah penyokong Sang Kenari yang hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk menyaksikan perlawanan itu.

Menurutnya, Aidil dan anak buahnya langsung tidak berjumpa dengan para penyokong selepas tamat perlawanan.

"Terima kasih coach Aidil dan para pemain. Hangpa persembahkan permainan macam ta*i kepada lebih 600 penyokong setia KDA FC yang mai jauh-jauh ke stadium untuk sokong hangpa.

"Lepas habis match hangpa langsung tak mai ucap terima kasih atau minta maaf kepada penyokong setia yang menunggu untuk cheer hangpa. Blah macam tu saja," luahnya di Facebook.

Tambah menyedihkan, katanya, hanya pemain pasukan lawan yang juga bekas pemain Kedah iaitu Khyril Muhymeen yang meluangkan masa mengucapkan terima kasih kepada penyokong KDA FC.

"Salute to KM18 (Khyril Muhymeen 18). Biar jasa jadi kenangan," katanya.

279774414_5300100616721265_6867771913690873575_n

Luahan penyokong KDA FC, Asyraf di Facebook.

Pada aksi tersebut, KDA FC terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui Ronald Ngah Wanja pada minit ke-20 sebelum Darren Lok menyamakan kedudukan untuk PJ City FC sembilan minit kemudian.

Tersentak dengan jaringan itu, KDA FC pantas menghasilkan gol dua sekali lagi menerusi Ronald Ngah pada minit ke-33 sebelum penyerang Cameroon itu melengkapkan hatriknya pada minit ke-65 untuk kedudukan 3-1 memihak kepada pelawat.

Namun, PJ City FC enggan menyerah dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi tandukan Mahalli Jasuli pada minit ke-77.

Anak buah P Maniam akhirnya berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-83 menerusi jaringan penyerang gantian, Khyril Muhymeen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram