Penyokong bongkar kemelut sebenar, dakwa sudah empat bulan gaji pemain Kedah tertunggak?


  • Podium
  • Selasa, 10 Mei 2022

Isu tunggakan gaji didakwa kononnya menjadi punca kekalahan KDA FC dalam beberapa perlawanan sebelum ini termasuk ketika berdepan MU baru-baru ini. — Facebook/Melaka United

ISU tunggakan gaji kembali menjadi bualan penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang didakwa kononnya menjadi punca kekalahan pasukan itu dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Terbaharu semasa tewas kepada Melaka United FC dalam aksi Liga Super di laman sendiri pada Jumaat, perkara itu dikongsi seorang menerusi satu hantaran yang memuat naik tangkap layar mesej beberapa individu di Facebook.

InkedInkedkda fc gaji_LI

Berdasarkan daripada kandungan mesej tersebut seperti didakwa individu yang menggunakan nama Chef Lalala, berdasarkan info daripada salah ahli pasukan KDA FC, pasukan itu sudah didakwa empat bulan tidak membayar gaji pemain.

"Empat bulan KDA FC tidak mendapat gaji.

"Info pemain Kedah beritahu, dia mengadu dengan pemain Melaka United," dakwanya.

Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang rasa tidak senang penyokong lain yang tidak bersetuju dengan gosip yang disebarkan.

Salah seorang penyokong, Mars Far, meninggalkan komen menyatakan bahawa perkara seumpama ini perlu disemak dahulu sebelum dikongsi di media sosial.

"Semak betul-betul dahulu, mana tahu mereka melawak sesama sendiri sahaja.

"Kedah kalah dengan Melaka, mungkin saja guna alasan kenapa mereka kalah," katanya.

komen ka 1

Sementara itu, seorang lagi penyokong, Abu Saeif turut menyifatkan perkara itu tidak logik memandangkan ramai 'orang kuat' KDA FC turun padang menonton perlawanan termasuk Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

"Kalau empat bulan tidak bayar gaji, tidak mungkin Raja Muda, Menteri Besar Kedah, Penaung, Ketua Pegawai Eksekutif turun stadium tengok perlawanan.

"Penaung KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berani pula tulis coretan panjang-panjang di Facebook lepas kalah," ujarnya.

komen ka 2

Abu Saeif juga menasihatkan bahawa individu yang berkongsi perkara itu supaya berfikir terlebih dahulu sebelum menyebarkan berita yang tidak disahkan.

Dalam pada itu, meskipun ramai yang tidak percaya dengan berita tersebut, terdapat juga beberapa penyokong yang termakan khabar angin itu.

Katanya, jika benar sebab tidak bayar gaji menjadi alasan kekalahan KDA FC, perkara itu perlu diberitahu kepada peminat supaya tidak mereka tidak membazir wang untuk membeli tiket bagi menonton perlawanan.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Kedah optimis pasukan KDA FC tidak akan dibelenggu dengan isu tunggakan gaji pemain pada musim depan seperti yang dihadapi musim lalu.

Presidennya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, penghijrahan keluar beberapa pemain yang memperoleh gaji tinggi sebelum ini, juga akan membantu KDA FC mengurangkan bajet pasukan.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan respons pengurusan KDA FC berhubung dakwaan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram