'Dua perkara wajib buat skuad B23, Brad Maloney'


  • Podium
  • Rabu, 04 Mei 2022

Skuad Harimau Malaya B-23 sebelum berlepas ke Hanoi, Vietnam bagi menghadapi acara bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA 2021. — Facebook

SKUAD B-23 Kebangsaan kendalian ketua jurulatih, Brad Maloney berlepas ke Hanoi, Vietnam pada Rabu, 4 Mei 2022 bagi membawa cabaran negara ke Sukan SEA 2021.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos.

Berdasarkan aksi terakhir perlawanan persahabatan antarabangsa Tier-2 menentang Filipina B-23, di Stadium UiTM, Shah Alam, baru-baru ini, Maloney menganggap skuad Harimau Muda menunjukkan kualiti permainan yang positif.

Para penyokong turut merasakan, dengan adanya barisan pemain yang berkualiti bukan alasan untuk skuad negara tidak memberi persembahan yang baik.

M Firdaus Mokhtar berkata, walaupun sebilangan penyokong mempersoalkan pemain apakah yang terpilih dalam skuad bawah 23 tahun Maloney, tetapi pemain terpilih harus wajib menunjukkan persembahan terbaik.

Ini kerana katanya, mereka mewakili Malaysia di pentas sukan SEA yang mana umum sedia mengetahui bahawa sukan SEA adalah acara bola sepak yang sangat penting bagi mana-mana dalam negara Asean.

"Dan wajib kepada jurulatih Maloney untuk memperbaiki dan membuktikan keupayaan sebenar selepas Malaysia bawah 23 tahun melalui persembahan yang cukup hambar dalam beberapa perlawanan lepas. Tolonglah!!!!," katanya di ruangan komen Facebook Football Association of Malaysia (FAM).

WhatsApp Image 2022-05-03 at 9.23.38 PM

Komen seorang penyokong di Facebook FAM. — Facebook

Berikut adalah senarai lengkap 24 pemain ke Sukan SEA Hanoi:

Mereka adallah Mukhairi Ajmal Mahadi, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Azrin Afiq Rusmini, Quentin Cheng, Harith Haiqal Adam Afkar, Ahmad Danial Asri, Syahir Bashah, Faiz Amer Runnizar dan Fahmi Daniel Zaaim.

Selain itu Nik Akif Syahiran Nik Mat, Azam Azmi Murad, Syafik Ismail, Hairiey Hakim Mamat, Rahadiazli Rahalim, Nur Azfar Fikri Azhar, Safwan Mazlan, Umar Hakeem Suhar Rezwan, Shafi Azswad Sapari, Azri Ab Ghani, Luqman Hakim Shamsudin, Aiman Afif Md Afizul, Ubaidullah Shamsul Fazili, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil.

Maloney akan mengumumkan senarai akhir 20 pemain untuk didaftarkan bagi Sukan SEA 2021 pada Jumaat ini iaitu sehari sebelum saingan Kumpulan B bermula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram