Dion Cools ke JDT, nasibnya sudah diduga


Dion Cools sering menjadi pilihan utama Harimau Malaya bermula di bawah kendalian bekas pengendali, Tan Cheng Hoe dalam beberapa kejohanan sehingga kini di bawah Kim Pan-gon.

PRESTASI memberangsangkan Johor Darul Takzim (JDT) di pentas saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) baru-baru ini membuatkan pemilik Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sedang melakukan persiapan rapi untuk memantapkan lagi pasukan.

Antara usaha yang dilakukan oleh JDT untuk memantapkan pasukan mereka adalah membawa masuk lebih ramai pemain Malaysia yang sedang berada di luar negara dan salah seorang yang berpotensi ialah Dion Cools.

Pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Dion kini sedang bermain untuk FC Midtjylland di Liga Denmark dan dia sering menjadi pilihan utama Harimau Malaya bermula di bawah kendalian bekas pengendali, Tan Cheng Hoe dan ketua jurulatih terbaharu, Kim Pan-gon.

Ura-ura Dion akan menyertai JDT itu diterima baik oleh penyokong Harimau Selatan, namun tidak kurang juga ada yang berpendapat bakat pemain itu hanya akan berada di bangku simpanan jika bersama skuad itu.

Menurut pengguna Facebook, Ahamd Miji, penyertaan Dion ke dalam JDT hanya akan menghiasi bangku simpanan seperti bintang-bintang lain seperti Nazmi Faiz dari Selangor dan Shahrul Saad yang berhijrah dari Perak.

"Bukan kuatkan pertahanan tapi kuatkan barisan bangku, ala macam Sumareh tu," ujar Rosario Santiago De Souza merujuk kepada pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh yang kini beraksi bersama JDT.

Sumareh antara pemain penyerang berbakat yang menabur bakti dan memilih untuk bermain bersama Malaysia tetapi dia lebih banyak memanaskan bangku simpanan dengan ketibaan beberapa penyerang berbisa lain seperti Bergson dan Fernando Rodríguez.

Sebelum menyertai JDT, Sumareh tampil hebat bersama Pahang, Perlis dan Terengganu.

"Dia (Dion) nak main posisi apa kalau sertai JDT? Sayap kiri JDT aku rasa dah cukup mantap, baik biar dia main di Eropah, boleh kembangkan dalam suasana kompetitif Liga Eropah," kata pemilik akaun, Fadly Meen.

komen2 JDT

Antara pendapat penyokong bola sepak tempatan jika Dion menyertai JDT.

Bagi pengguna Facebook amaluddin Zaidi, jika Dion berpindah ke JDT ianya hanya akan menjatuhkan kariernya sebagai pemain bola sepak ekoran jika bermain bersama kelab Liga Eropah banyak pengalaman yang boleh diperolehinya.

"Jatuh karier nanti. Elok-elok main di eropah. JDT memang sekelas eropah, tapi perumpamaan saja. Fakta main liga lembik macam liga M.11 import lawan 11 budak sekolah," ujar amaluddin Zaidi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram