Karier semakin meningkat , netizen nasihat Arif Aiman jangan masuk 'jerat percintaan' artis


  • Podium
  • Isnin, 02 Mei 2022

Arif mempamerkan persembahan mantap membantu JDT layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara AFC pada Sabtu. — Facebook/Johor Southern Tigers

NAMA pemain muda Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Hanapi ketika ini sedang meniti di bibir peminat bola sepak tanah air selepas persembahan mantapnya membantu Harimau Selatan layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara AFC pada Sabtu.

Populariti yang dikecapinya kini pasti membuatkan ramai yang ingin berdamping dengan pemain berusia 20 tahun itu.

Namun sebilangan netizen mempunyai nasihat penting buat pemain itu supaya tidak lalai dengan dunia glamor dan tidak terjebak dengan 'jerat percintaan' bersama artis.

"Kepada Arif Aiman, satu je nk pesan. Tolong elakkan hubungan dgn artis buat masa ni. Sebab sejarah dah membuktikan, bila ada hubungan dgn artis je, jadi bodoh main bola," kata Acap Nead.

"Kalau boleh abaikan artis yang tiba-tiba hai di messenger," ujar Ardly Abu Bakar.

"Abaikan artis yang nak ajak berkawan dan konon-konon nak menjaga mak ayah di kampung," kata Yazid Ajied pula.

Percintaan antara pemain bola sepak dan juga artis bukanlah perkara yang baru dan seakan-akan menjadi trend dalam dunia bola sepak.

Ada juga netizen yang memberi contoh rakan sepasukan Arif iaitu Safawi Rasid yang prestasinya menurun akibat bercinta dengan artis.

Safawi sebelum ini difahamkan sedang bercinta dengan pelakon dan usahawan, Syifa Melvin.

"Pawi sibuk cinta dengan artis prestasi merudum... TMJ (Tunku Mahkota Johor) yang tegur bukan saya buat cerita," kata Mien MarLeno.

"Safawi Rasid drop seketika. Harap-harap lepas ni dia dapat rentak semula," kata Ayie Mieera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram