KEJAYAAN Johor Darul Takzim (JDT) melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada Sabtu memberi petunjuk bahawa pasukan itu sudah jauh meninggalkan kelab-kelab lain di Malaysia.
Sejak 2013, JDT yang dinaungi oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakar pelbagai kejayaan dan kini mencatatkan satu lagi pencapaian membanggakan.
Musim ini, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) turut bersaing di peringkat Asia apabila beraksi dalam Piala ACL bermula Jun kelak.
Menjengah ruangan komen di media sosial, ada peminat Hijau Kuning mahu pasukan itu mengikuti jejak langkah JDT pada masa depan.
Menurut seorang pengguna Facebook, Wan Arjuna Tapa, KDA FC perlu menyediakan bajet sebanyak RM70 juta dalam usaha mencontohi kejayaan JDT.
"Bajet itu digunakan bagi dana pengurusan kelab dan gaji untuk pegawai, ketua jurulatih, penolong jurulatih dan pemain," katanya.
Syafiq Ahmad (kanan) antara tonggak utama KDA FC musim ini. — Facebook/ KDA FC
Membalas komen tersebut, pengguna Facebook, Ku Hafiz berkata, dana sebanyak itu kalau diuruskan dengan baik memang sesuatu perkara yang baik.
"Tapi kalau dapat dekat tangan yang tidak tahu apa-apa tentang kehendak bola pada masa kini, tidak ke mana.
"RM100 juta pun tak cukup," ujarnya.
Prestasi KDA FC pada musim ini sedikit terumbang-ambing selepas merekodkan dua kekalahan memalukan dalam saingan Liga Super. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram