Bukan kerana nasib, JDT memang layak menang


  • Podium
  • Ahad, 01 Mei 2022

Penyerang JDT, Fernando Forestieri (kiri) diasak oleh pemain Ulsan ketika pertemuan kedua-dua pasukan pada Sabtu. — Bernama

PASUKAN Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah buat negara apabila melangkah ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas menundukkan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai 2-1 pada Sabtu.

Lebih manis, JDT muncul juara Kumpulan I selepas mengutip 13 mata daripada enam perlawanan.

Gol oleh pemain import, Leandro Vasquez dan jaringan sendiri Park Yong-Woo memastikan kemenangan bergaya buat JDT.

Menjengah respons warganet media sosial, ada juga pihak mempertikaikan kemenangan JDT.

Menurut seorang pengguna Facebook, Ir Syah, kemenangan JDT adalah nasib semata-mata.

Pemain JDT, Arif Aiman (kanan) antara yang dipuji kerana pamer aksi terbaik pada Sabtu. — Bernama

Namun, hantaran tersebut menerima reaksi negatif daripada warganet lain.

Ujar pengguna Facebook, Khairil Nordin, dia tidak setuju bahawa kemenangan JDT adalah nasib kerana pasukan Harimau Selatan itu membuktikan mereka memang layak untuk menang.

"Tak setuju kerana nasib. Cukup-cukup tak setuju.

"Dari awal lagi patut dah ada satu gol yang telah dibatalkan.

"Setuju kalau memang patut menang. Sebab kesungguhan untuk menang.

"Mereka buktikan, mereka memang layak," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram