Ramai tuntut janji, mana mamat nak lari bogel keliling stadium tu?


  • Podium
  • Ahad, 01 Mei 2022

Arif Aiman (kiri) antara tonggak penting JDT sepanjang kempen ACL ketika ini. — Bernama

KEMENANGAN Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas pasukan gergasi Asia, Ulsan Hyundai nyata mengejutkan banyak pihak.

JDT juga buat kali pertama berjaya melangkah ke peringkat 16 pasukan terbaik serta muncul juara Kumpulan I.

Di sebalik kegembiraan itu, ada perkara yang seolah-olah 'mencemar' kejayaan JDT serta mengundang perhatian warganet di media sosial.

Komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook, Ramzul Adli untuk 'berbogel' dan lari mengelilingi Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor sekiranya JDT melepasi peringkat kumpulan, mengundang perhatian warganet.

Komen yang dihantar oleh pengguna Facebook terbabit baru-baru ini. — Facebook

Sejurus kemenangan JDT pada Sabtu, warganet membanjiri ruangan komen di laman profil pengguna tersebut.

Kebanyakan warganet menuntut agar individu tersebut menunaikan janjinya.

"Bila nak lari bogel? Itulah, lain kali cakap, tengok dulu pasukan mana.

"Ini JDT, bukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC)," kata pengguna Facebook, Muhammad Amirul Syazwan.

JDT mengetepikan cabaran Ulsan dan satu lagi pasukan gergasi Asia iaitu kelab Jepun, Kawasaki Frontale dalam Kumpulan I. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram