KRISIS membabitkan pengurusan Perak FC yang diterajui oleh Impact Media and Communication Sdn Bhd (IMC) tidak selesai sehingga kini.
IMC sebelum ini memeterai perjanjian pengambilalihan kelab itu bersama JR Resources and Services Sdn Bhd (JR).
IMC didakwa enggan melepaskan Perak FC kepada JR pada saat-saat akhir kerana IMC kurang yakin dengan tahap kewangan syarikat itu.
Perak FC berdepan risiko penggantungan lesen sekiranya gagal melunaskan tunggakan gaji kelab tersebut. pada Khamis (21 April).
Namun, badan bebas “First Instance Body' (FIB) pada Khamis membuat keputusan meluluskan permohonan Perak FC untuk lanjutan masa bagi memberi ruang pihak pengurusan kelab Liga Premier itu menyelesaikan rundingan pertukaran pemilikan.
Masa depan kelab Perak FC masih tiada jawapannya sehingga kini. — Facebook Perak FC
Menurut Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir, selepas meneliti dan menperhalusi permohonan Perak FC pada 18 April 2022, pihak Jawatankusa FIB memberikan ruang untuk pihak pengurusan kelab Liga Premier itu menyelesaikan segala proses rundingan bersama pemilik baharu sehingga 29 April 2022.
“Pihak Jawatankuasa FIB membuat keputusan untuk memberikan ruang masa kepada Perak FC kerana kami berharap dengan penyelesaian proses rundingan berkenaan akan dapat memberi satu sinar baharu kepada kebajikan pemain dan pegawai Perak FC.
“Bagaimanapun sekiranya Perak FC masih gagal menyelesaikan urusan berkenaan pada tarikh yang telah ditetapkan maka pihak Jawatankuasa FIB akan mengambil tindakan lanjut serta membawa perkara ini ke pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah MFL (Malaysian Football League),” katanya.
Difahamkan, sebuah syarikat telekomunikasi dilaporkan menunjukkan minat yang serius untuk mengambi alih Perak FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram