Tiada ihsan pengadil, hanya seorang pemain Sri Pahang 'level' Liga Super


Sri Pahang masih tercari-cari rentak kemenangan. — Facebook Sri Pahang

SELEPAS tiga perlawanan, Sri Pahang FC masih mencari-cari rentak kemenangan dalam saingan Liga Super.

Terdahulu, dua perlawanan awal Sri Pahang dicemari dengan insiden mutu pengadilan yang merobek peluang pasukan itu meraih kemenangan.

Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, skuad Tok Gajah gagal memanfaatkan beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 1-2 kepada Melaka United pada Sabtu dan terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Azwan Aripin menerima dua kad kuning.

Pada Sabtu, mutu permainan Sri Pahang menjadi pertikaian para peminat sejurus kekalahan tersebut.

Menurut seorang pengguna Facebook, Mohd Khairi, hanya Nor Azam Azih sahaja yang benar-benar berkualiti dalam senarai pemain tempatan dimiliki Sri Pahang.

"Yang lain itu, level Liga Premier pun belum tentu. Better rombak player local yang ada. Beli player yang berkualiti sahaja.

Screenshot 2022-04-17 100830

Azam (kiri) disifatkan bermain lebih baik berbanding rakan sepasukan lain. — Facebook Sri Pahang

"Player import pun sama. Yang bagus pun, Manuel Hidalgo saja. Yang lain itu, level-level local atau kurang dari itu.

"Lagi satu, kalau tengok dari game tadi, confused team mana yang tak bayar gaji.

"Team lawan lagi semangat nak menang daripada team Sri Pahang FC," katanya dalam ruangan komen halaman Tok Gajah Forever.

Sri Pahang akan melayan kunjungan Penang FC pada Sabtu depan dalam misi memburu tiga mata berharga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram