BARU empat aksi Liga Super tapi kepincangan pengadil terus diperkatakan saban minggu, lapor Stadium Astro.
Dengan mengakui ada kesilapan berlaku melibatkan dua perlawanan, antaranya perlawanan melibatkan Kedah Darul Aman berdepan Sri Pahang, Jawatankuasa Penilaian Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap tidak akan mengubah keputusan asal walaupun ada surat bantahan dihantar oleh kelab Pantai Timur itu.
"Kalau ia kesalahan pengadil, memang tiada apa-apa tindakan dan hukuman ke atas mereka.
"Walaupun ada aduan daripada kelab dan pengadil mengaku ada sedikit kesalahan berlaku tapi ia setakat itu sahaja," kata Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Datuk S. Sivasundram.
Sehubungan itu, FAM cuba mengecilkan lompong yang wujud. Situasi ini memberi cabaran tersendiri kepada badan induk itu untuk giat memperbaiki kelemahan.
"Inilah bola sepak. Tahun lalu ada tiga-empat kesalahan pengadil sahaja.
"Tapi FAM tetap pandang serius tentang perkara ini," katanya.
Berdasarkan senarai yang dikeluarkan pada hari perlawanan antara KDAFC-Sri Pahang, pegawai yang bertugas pada aksi terbabit adalah Mohd Hasrol Mohd Amir (pengadil), Azri Rozaimie Abu Bakar (pembantu pengadil satu), N Kesava Raj (pembantu pengadil dua) dan Abdul Halim Mohd Ramlan (pegawai keempat).— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram