INISIATIF Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan pada Mac oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membawa berita gembira buat seluruh rakyat.
Masakan tidak, kebanyakan rakyat masih 'merangkak' untuk menjalankan kehidupan semula selepas beberapa 'bencana' melanda negara seperti pandemik Covid-19 dan banjir besar sekitar Disember lalu.
Pengeluaran Khas sebanyak RM10,000 secara sekali bayar merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat selepas desakan demi desakan dibuat terhadap kerajaan untuk meluluskan inisiatif tersebut.
Bermula 1 April lalu, para pencarum dibenarkan untuk memohon pengeluaran khas dan tempoh pembayaran akan dibuat bermula 20 April.
KWSP dalam satu kenyataan juga menyebut, tarikh semakan status permohonan adalah bermula 9 April.
Namun, rakyat dilihat mula gelisah apabila status permohonan hanya menunjukkan 'diterima' serta tidak menunjukkan tarikh pembayaran sebenar ke dalam akaun mereka.
Susulan itu, ramai mendesak agar KWSP mengemaskini sistem dalam talian mereka dengan segera.
Orang ramai hadir ke cawangan KWSP untuk mengemaskini data peribadi untuk memohon pengeluaran khas. — Bernama
Menurut seorang pengguna Facebook, Aarol Hyungmin, tarikh pembayaran tersebut adalah penting kerana ada antara pencarum tidak memiliki akses perbankan dalam talian serta tiada nombor akaun.
"Berkemungkinan atas faktor disenarai hitam. Sebab itu, sebaliknya guna cek.
"Itu ramai yang marah KWSP itu. Sepatutnya, 9 April dah ada kemaskini tarikh semakan bayaran.
"Staf KWSP seluruh Malaysia itu ramai. Setiap negeri yang buat semakan.
"Tak akan perlahan kot. Tahu, yang mohon itu ramai.
"Bak kata saya, staf KWSP setiap negeri yang membuat prosesan permohonan itu," katanya menerusi ruangan komen di media sosial. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram