Tak perlu ke pejabat KWSP untuk pengeluaran khas


  • Massa
  • Jumaat, 01 Apr 2022

Permohonan pengeluaran khas KWSP kini dibuka bermula 1 April sehingga 30 April 2022. — Facebook

ORANG ramai di seluruh negara mula beratur di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada awal pagi Jumaat untuk mengemukakan permohonan pengeluaran khas.

Untuk pengetahuan anda, anda tidak perlu pergi ke pejabat KWSP untuk membuat permohonan.

Anda juga tidak perlu mengunjungi kiosk KWSP atau membuka aplikasi mudah alih i-Akaun KWSP.

KWSP mengeluarkan peringatan mesra di akaun media sosial rasmi dengan menasihatkan pencarum untuk melayari portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my untuk membuat permohonan bagi mengeluarkan simpanan KWSP.

Hantaran Facebook rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Halaman portal ini dibina khas untuk mengendalikan trafik laman web yang dijangka tinggi daripada pencarum yang tidak sabar-sabar untuk membuat permohonan.

Dilaporkan, ramai pencarum yang berkunjung dan beratur panjang di pejabat KWSP Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor dan Kuching, Sarawak.

Selain itu, ramai pengguna aplikasi i-Akaun mengalami masalah untuk mengakses akaun mereka. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram