Scammer semakin aktif, sasar pengeluar RM10K KWSP


  • Tular
  • Sabtu, 09 Apr 2022

ORANG ramai berhati-hati dengan sebarang tawaran atau urus niaga yang meragukan.

DALAM kegembiraan ramai dengan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ada pihak yang didakwa cuba mengambil kesempatan menerusi pelbagai kegiatan scam.

Perkara itu dikongsi pemilik akaun Facebook, Mas Lynn yang mengatakan bahawa aktiviti tersebut kini sedang aktif mencari 'duit raya' terutama pada ketika rakyat sedang menantikan pengeluaran KWSP mereka.

"Scammer bergerak aktif cari duit raya, hati-hati semua.

"Saya percaya ramai terdesak sekarang ini, tambahan pula RM10,000 KWSP bakal menyusul," katanya.

Dalam hantaran itu, Mas Lynn turut berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan beberapa aktiviti serta akaun individu yang menjalankan scam berbentuk skim pelaburan.

Pihak Majoriti cuba menyemak akaun yang dimaksudkan, namun ia tidak dapat ditemui, dipercayai telah dinyah aktif.

Ramai turut bersetuju dengan perkongsian tersebut dan menyatakan supaya orang ramai berhati-hati dengan sebarang tawaran atau urus niaga yang meragukan.

Mereka turut mengakui bahawa 'tukang scam' kini mensasarkan mereka yang membuat pengeluaran khas rm10,000 KWSP.

Majoriti kini cuba menghubungi Mas Lynn untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung aktiviti scam yang dimaksudkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram