Umat Islam kecewa penulis hina Nabi Muhammad SAW bebas


UMAT Islam tidak berpuas hati apabila Uthaya dibebaskan pada Selasa selepas didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

NEGARA pada Selasa dikejutkan dengan tindakan pihak polis yang terpaksa membebaskan penulis Uthaya Sankar SB - yang didakwa mempunyai unsur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW - selepas gagal mendapatkan perintah reman.

Peguam yang mewakili Uthaya, Rajsurian Pillai berkata, Majistret Sharifah Muhaymin Abd Khalid menolak permohonan polis untuk mendapatkan tahanan reman selama empat hari.

Permohonan tahanan reman itu didengar di ibu pejabat polis Dang Wangi, di ibu negara, tempat dia ditahan pada pagi Selasa.

"Polis cuba dapatkan perintah tahanan reman selama empat hari, namun dibantah oleh saya dan Majistret hanya bagi sehari dan akan dibebaskan petang ini (Selasa), jam enam petang," katanya kepada media tempatan.

Menjengah komen di media sosial, rata-rata umat Islam kecewa dengan pembebasan penulis tersebut yang tidak sepatutnya berlaku berikutan penghinaannya terhadap insan yang paling dimuliakan agama itu.

template (9)

Tangkap layar komen netizen berkaitan pembebasan Uthaya.

Tampil meluahkan kekecewaannya, Nik Fikri hairan apabila perkara itu berlaku di saat Muslimin dan Muslimat sedang menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadan.

"Hakim mahkamah Majistret mungkin ada hujah beliau tertentu sehingga menolak perintah reman. Aku sangat dukacita," katanya.

Turut berpendapat sama, Azanahzana Azanahzana pelik apabila penulis bertindak menghina Nabi Muhammad SAW, sedangkan orang Islam tidak menghina agamanya.

"Semoga ALLAH SWT akan membalas pada orang ini. Semoga akan diambil tindakan suatu hari nanti," katanya.

Sementara itu, Aizol Ghani mempersoalkan keadilan yang sepatutnya ditegakkan meskipun kerajaan Malaysia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan mempunyai penduduk yang bermajoriti bangsa Melayu.

"Tetapi bila ada kaum lain menghina Islam dimanakah keadilan. Pak Menteri serta pemimpin Islam ingat rakyat menuntut di akhirat kerana kegagalan tuan dan puan menegakkan Islam," katanya.

template (10)

Tangkap layar komen netizen berkaitan pembebasan penulis yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, Baba Chak tidak menolak kemungkinan individu tidak bertanggungjawab akan semakin bebas menghina kepercayaan orang Islam.

"Tak hormat langsung. Cuba kita hina agama mereka, sah kau kena hentam dik.

"Macam ni nak bagi lagi mereka memerintah negara ini ke? Orang Islam sendiri di negara ni pun tak dapat nak melaksanakan hukum hudud sebab nak jaga si penghina agama Islam. Wallahualam," ujarnya.

Polis pada Isnin mengambil Uthaya di rumahnya di Shah Alam, Selangor bagi membantu siasatan terhadap tulisan di media sosialnya yang mengaitkan isu poligami dengan sunah, pada 7 April.

Dia berkata demikian ketika mengulas laporan yang memetik Iman Zulkarnain sebagai serik berpoligami dan berpesan kepada kaum lelaki agar “tidak mencari penyakit”.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan berkaitan menyebabkan – atas alasan agama – suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan atau memudaratkan perpaduan.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram