PELBAGAI kecaman demi kecaman diterima pelakon, Siti Hariesa selepas video adegan drama lakonannya bersama Zul Ariffin tular dan menjadi bualan hangat para netizen.
Merupakan bekas peserta DFKL 2019, Siti Hariesa turut terpalit kontroversi apabila aksi 'ghairah' bersama Zul Ariffin dalam drama Perempuan itu menjadi tular sejak Sabtu.
Menyemak laman sosial Instagram, Siti Hariesa sebahagian netizen dilihat menyerang ruangan komen di beberapa hantaran gadis asal Kuala Lumpur itu.
Ada di antara mereka yang menyatakan rasa kesal atas pilihan aktres itu untuk berlakon dalam babak yang menghairahkan dan ada juga yang meninggalkan komen berbaur lucah serta kesat.
Seorang pemilik akaun, abuhasanzaharah menulis di ruangan komen menyatakan rasa kesalnya kepada pelakon itu.
"Tak ada maruah, memalukan, mahu jadi pelakon sanggup ambil watak sebegitu, otak di mana, malulah, tak sekolah ke? Perangai tidak bertamadun macam ini," tulisnya.
Seorang lagi pemilik akaun, ardaa_ramlee pula bertanyakan soalan dalam ruangan tentang rasa malu pelakon itu melakonkan babak sedemikain.
"Malu tu sebahagian daripada iman... tak malu ke ibu ayah, adik-beradik semua tengok adegan jijik itu? Tanye je," ujarya.
saleenasbmh pula menyifatkan penyebaran klip adegan drama itu hanya membuatkan aktres itu dipandang hina.
"Nak promosi pun buat lah yang orang suka bukan yang buat orang pandang kita hina. Bakat bukan dgn cara nampak murah," kongsinya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram