Demi silaturrahim, penyokong Sarawak sanggup 'bersama' penyokong Kedah


  • Podium
  • Khamis, 03 Mac 2022

PERLAWANAN antara Sarawak United FC dan Kedah Darul Aman FC bakal diadakan di Stadium Negeri, di Kuching, Sarawak. — SSC

KEBIASAANNYA, penyokong dari sesebuah pasukan adakalanya akan bertindak memaki-hamun atau menghalau penyokong lain yang duduk di zon tempat duduk mereka.

Namun, kali ini, perlawanan Liga Super di antara Sarawak United FC menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC bakal menampilkan kelainan, apabila penyokong dari kedua-dua negeri itu bersatu padu dan siap sedia mengeratkan silaturrahim.

Perkara itu bermula apabila seorang penyokong bertanya mengenai zon yang menjadi tempat duduk buat para penyokong Kedah, dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Negeri di Kuching Sarawak pada Jumaat.

Screenshot 2022-03-03 125459

PERTANYAAN Daniel Kincaid disambut baik oleh penyokong Sarawak.

"Geng, tumpang tanya saya fans Kedah yang akan ke Kuching esok (Jumaat) dari loqstaq (Alor Setar). Nak tanya untuk fans pelawat (away) duduk di bahagian mana?" tanya Daniel Kincaid.

Mengalu-alukan kehadiran penyokong dari negeri lain, penyokong Sarawak dilihat agak 'sporting' dan tidak kisah apabila sanggup berkongsi zon tempat duduk.

Ini terbukti apabila Puteri Kala mengajak penyokong Kedah untuk duduk bersama-sama penyokong Sarawak.

"Tak apa kita sama sokong pasukan masing-masing. Silaturrahim yang kita cari, kita sahabat semua," katanya.

template - 2022-03-03T124725.504

PENYOKONG Sarawak mengalu-alukan kedatangan penyokong Kedah.

Mengajak perkara sama, Fazsya Fazli berkata, penyokong Sarawak juga tidak keberatan sekiranya penyokong Kedah mahu berkongsi zon tempat duduk itu.

"Duduk jelah mana-mana tuan. Duduk sama dengan saya pun tidak mengapa. Dapat makan kacang kuda," katanya berseloroh.

template - 2022-03-03T125013.896

PENYOKONG Sarawak yang tidak kisah untuk berkongsi zon tempat duduk bersama-sama penyokong Kedah.

Hasman Shah menulis: "Tak perlu pilih tempat duduk lah bos. Game (perlawanan) biasa sahaja, kalah menang adat biasa. semua mo menang siapa mo kalah,"

Albinz Muntos menambah: "Kami orang Sarawak tak makan orang. Boleh je campur duduk sama-sama,"

"Duduk ja sama-sama boss. Campur-campur kami okay jak," kata Abdul Hadi Rahman.

275051415_4983907055063717_439848922805362040_n

PERKONGSIAN tangkap layar oleh Daniel Kincaid berhubung harga zon tempat duduk di Stadium Negeri Sarawak.

Berdasarkan tangkap layar dikongsikan Daniel Kincaid, zon tempat duduk pada perlawanan antara dua negeri itu terbahagi kepada lima iaitu Zon A (terbuka) dengan harga tiket berharga RM15, Zon A (berbumbung) dengan harga tiket berharga RM20.

Bagi Zon B (terbuka), harga tiket pula berharga RM15; Zon B (berbumbung) dengan harga tiket bernilai RM20, manakala Zon C (berbumbung) dengan harga tiket bernilai RM20. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram