'Siapa punya design ni carca marba habis jersi, nasib baik jersi away lawa'


  • Podium
  • Isnin, 28 Feb 2022

JERSI home pasukan KDA FC yang dilancarkan pada Isnin. — KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC secara rasminya melancarkan barisan jersi pasukan bagi musim 2022 yang dinanti-nantikan penyokong setianya pada pada Isnin.

Sebanyak tiga jersi dilancarkan serentak iaitu jersi home, away dan jersi penjaga gol dengan syarikat pakaian sukan Itali, Lotto menjadi penaja jersi manakala syarikat makanan kesihatan tempatan, DXN sebagai penaja rasmi pasukan.

Pelancaran jersi itu mendapat pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan penyokong setia KDA FC di laman Facebook kelab tersebut.

Rata-rata penyokong rasa tidak puas hati mereka di Facebook berkenan rekaan jersi home pasukan yang berwarna kuning sepenuhnya, dengan ada yang menyifatkan rekaan tersebut sebagai hasil pelajar praktikal dan sekadar tangkap muat.

"Siapa la yang design... hilang dah jati diri Kedah warna rasmi hijau kuning... baju kuning seluar kuning," luah Zulhelmy Md Ilias.

"Siapa punya design ni carca marba habis jersi... jersi pramusim lebih baik daripada yang ni," kata Lukman Zack.

"Awat la designer buat jersi home hodoh... jersi utama kot... sayang sungguh," kata Getah Skrap pula.

KEDAH JERSI HOME

Komen penyokong mengenari rekaan jersi home KDA FC.

Ada yang menyatakan bahawa rekaan jersi tersebut 'dicacatkan' dengan logo penaja utama yang dikatakan tidak sesuai dan terlalu menonjol.

"Logo Lotto dan logo Kedah okay dah duduk tengah... mai penaja utama tu terus jam... kalau redesign semula logo penaja tu okaylah," kata Fahmie Zunkifli.

"Logo penaja gagah pi letak. Letak nama sudahlah DXN saja. Ni letak logo penaja kalau lawa tak kalut," ujar Syafiq Seven.

"Logo tengah tu dah lawa, cuma size proportion tu tak berapa kena dan warna merah mai calit sikit... seeloknya jangan masukan warna merah tu. Dari segi detail design, terlalu biasa dan tak ada umph sangat... lebih kepada ready to print template... bukan created to be used. Design element tu lemah," kata PC Khairul Amizan pula.

Sebilangan besar penyokong turut berjenaka dengan menyamakan rekaan jersi tersebut dengan watak siri adiwira popular Jepun, Ultraman.

"Dia pi susun kat tengah elok-elok semua logo... serupa Ultraman dah, menyala bila nak kalah," ujar Muhd Fuad.

"Senang coach nak tahu bila nak tukar pemain... menyala saja yang merah tu, nak kena tukar dah la... inspired by Ultraman," kata Zurul.

"Semua tak elok... Designer mana hampa ambil... go Ultraman Taro," menurut Afzanidzam Azlan.

Namun, rata-rata peminat memuji rekaan jersi away berwarna merah hijau dan mengakui mereka lebih berminat untuk mendapatkannya berbanding jersi home.

"Rasa beli away daripada home," kata Faiz Farhan.

"Nasib baik logo kat away kit ni ok... yang ni boleh beli," ujar Mohd Zuhairi Bin Khamis.

"Mujurlah yang ni tak macam jersi kuning hodoh piang... nak tambah pendapatan kelab... tapi design jersi home huduh piang," kata Getah Skrap.

"Merah lawa lagi dari yang kuning," kata Azwan Shakrani pula.

KEDAH JERSI AWAY

Komen penyokong mengenai jersi away KDA FC.

KDA FC bakal memulakan aksi Liga Super menentang Sarawak United di gelanggang lawan pada Jumaat, sebelum menentang Juara Piala Malaysia 2021, KL City FC di gelanggang sendiri 9 Mac depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram