Jersi ‘away’ JDT curi perhatian, stail PSG ke DSV?


JERSI away JDT musim ini menarik perhatian peminat. — Facebook

PASUKAN gergasi selatan tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) melancarkan jersi baharunya pada 18 Februari lalu di perkarangan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Pada majlis berkenaan, tumpuan para peminat bola sepak lebih terarah kepada jersi di tempat lawan (away) JDT.

Jersi berkenaan menggunakan konsep pilihan warna putih dan merah jambu. Ada peminat JDT mendakwa merah jambu digunakan sebagai tanda memperjuangkan kanser payudara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun ada juga peminat bola sepak lain yang mengkritik secara sinis pemilihan warna jersi di tempat lawan JDT itu.

Menurut pengguna Facebook, JDT fans club, Harimau Selatan didakwa meniru konsep diperkenalkan oleh Selangor FC.

"Jersi 'away' Selangor FC ada elemen warna merah jambu, mereka nak juga warna merah jambu tetapi setepek warna merah jambu dekat jersi.

"Paling lawaknya, kata mereka, warna merah jambu musim ini sempena kempen kesedaran kanser payudara.

Screenshot 2022-02-20 121338

ANTARA komen warganet di media sosial. — Facebook

"Selangor FC siap buat program kesedaran berhubung penyakit kanser sempena pelancaran jersi 'away', mereka pun nak acah-acah kononnya warna merah jambu untuk kesedaran kanser.

"Tak habis-habis meniru. Paling lawak mereka kata warna merah jambu musim ini sempena kempen kesedaran kanser payu dara sudah lama dirancang.

"Sejak awal penubuhan pun memamg mereka ambil warna merah jambu sebagai warna jersi 'away', tak pernah pun dengar kempen untuk kanser itu atau kanser ini pun? Luculah," kata pengguna Facebook berkenaan.

Selain menyifatkan jersi baharu itu seakan-akan sama seperti skuad Paris St Germain (PSG), ada juga netizen yang beranggapan JDT mendapat sentuhan DSV (Datuk Seri Vida) seperti mana skuad Kelantan sedikit masa dahulu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram