Dua tabung kayu jadi saksi, pasangan tunai umrah hasil simpanan konsisten selama setahun


  • Tular
  • Selasa, 27 Jan 2026

Kisah seorang pasangan suami isteri yang menabung sejak awal tahun 2025 untuk menunaikan umrah kini menjadi tular di media sosial. 

MENUNAIKAN umrah merupakan impian setiap Muslim, menjadi simbol pengabdian dan pengharapan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. 

Setiap langkah di Tanah Suci menjadi saksi pengorbanan, doa, dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Pencipta, jauh daripada hiruk-pikuk dunia yang sering melalaikan.

Kisah seorang pasangan suami isteri yang menabung sejak awal tahun 2025 untuk menunaikan umrah kini menjadi tular di media sosial. 

BACA LAGI: 'Memang memberi inspirasi', wanita tersentuh hati saat guna telekung wakaf ketika solat di masjid

BACA LAGI: [VIDEO] 'ALLAH tak panggil yang tak mampu tapi yang mahu', penjual serai sujud syukur tunai umrah

Menabung hanya menggunakan tabung tabung kayu, mereka berjaya mengumpul kira-kira RM10,000, cukup untuk menampung kos pakej umrah RM6,500 seorang, sekali gus membuktikan bahawa perancangan rapi mampu merealisasikan impian ibadah.

Menurut perkongsian akaun @mangabdullah1100 di platform Threads, mereka menjejakkan kaki ke ke Tanah Suci pada 12 Januari 2026, hasil daripada kesabaran dan usaha menabung secara konsisten sejak awal tahun 2025. 

"Alhamdulillah, hasil konsisten kami suami isteri menabung dari awal tahun 2025, akhirnya impian menjadi kenyataan," tulisnya.

 

 

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang kagum dengan disiplin pasangan berkenaan. 

Ramai memuji usaha menabung secara berterusan dan mendoakan agar ibadah mereka diterima serta menjadi inspirasi kepada orang lain untuk merancang perjalanan ibadah lebih awal.

Seorang pengguna Threads, perfume.nerd menyuarakan keinginannya menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah. 

"Alhamdulillah. Doakan saya pulak dapat jejak bumi Makkah & Madinah. Teringin sangat nak ziarah Rasulullah SAW," tulisnya. 

Sementara itu, wardahshauqah berkongsi pengalaman menabungnya sendiri, meskipun menghadapi cabaran tersendiri.

"Alhamdulillah. Saya pun buat macam ini… tahun lepas dua kali pecah tabung," katanya.

Kisah dan reaksi netizen ini menunjukkan bahawa impian menunaikan ibadah umrah bukan sahaja memberi inspirasi, malah membuka ruang perkongsian pengalaman, doa, dan motivasi antara masyarakat yang memiliki impian yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram