[VIDEO] 'ALLAH tak panggil yang tak mampu tapi yang mahu', penjual serai sujud syukur tunai umrah


  • Tular
  • Khamis, 15 Jan 2026

Muhamad Azhar (gambar kecil) meluahkan rasa syukur apabila impiannya menjejakkan kaki ke Tanah Suci akhirnya menjadi kenyataan walaupun kehidupannya sederhana.

 

 

MENUNAIKAN umrah merupakan impian besar setiap umat Islam, kerana ia bukan sekadar perjalanan fizikal, sebaliknya satu panggilan rohani yang sarat dengan makna penghambaan dan keinsafan.

Peluang untuk menjejakkan kaki ke Makkah, melihat Kaabah dengan mata sendiri serta bersujud di Masjidil Haram adalah nikmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata dan sering menjadi doa yang tidak putus-putus dipanjatkan.

Namun, bagi sebahagian insan, impian itu dirasakan sukar digapai kerana kekangan kewangan dan kehidupan yang serba sederhana.

BACA LAGI: [VIDEO] Kemaruk nak jadi pramugari, tembelang wanita Palembang di awan biru terbongkar

BACA LAGI: [VIDEO] Kasih seorang abang, budak lelaki tak teragak-agak terjun dalam gaung selamatkan adik

Hakikatnya, jemputan ke Tanah Suci bukan ditentukan oleh kemampuan semata-mata, sebaliknya hadir kepada mereka yang mempunyai niat dan keyakinan, sebagaimana dibuktikan menerusi perkongsian tular baru-baru ini yang menyentuh hati ramai warga maya.

Baru-baru ini, satu perkongsian tular di media sosial mencuri perhatian ramai apabila seorang lelaki berkongsi kisah rezeki yang tidak disangka-sangka.

 

 

 

 

Menerusi Threads, pengguna muhamad.azharibrahim meluahkan rasa syukur apabila impiannya menjejakkan kaki ke Tanah Suci akhirnya menjadi kenyataan walaupun kehidupannya sederhana.

"Jual serai pun ALLAH jemput sujud di Masjidil Haram, nikmat yang buat hati tunduk dan syukur. Aku doakan korang sampai ke sini," tulisnya.

Perkongsian ringkas itu nyata menyentuh hati warga maya yang rata-ratanya tersentuh dengan keikhlasan dan mesej penuh pengharapan.

Seorang pengguna, aniesmunira, berkongsi pengalaman hampir sama yang mengingatkannya kepada rakan ibunya.

"Kisah encik buat saya teringat roommate mak saya yang pergi umrah sebulan puasa. Mak saya alhamdulillah ada duit pencen.

"Kawan dia pula jual laksa tepi jalan, simpan RM50 setiap hari, tutup sebulan Ramadan dan raya seminggu saja. Allahu Musta’an," katanya.

Sementara itu, syahirahkml_ turut berkongsi kata-kata penuh inspirasi yang pernah diungkapkan oleh pensyarahnya.

"Ingat lagi lecturer saya kata selagi mana kita ada niat dan usaha nak ke Tanah Suci, selagi itu ALLAH akan mudahkan walaupun kita rasa mustahil. Semoga kita semua dapat ke sana, amin," tulisnya.

Turut mencuri perhatian ialah komen arahazira yang ringkas namun sarat makna.

"ALLAH tak panggil yang mampu, ALLAH jemput yang mahu.”

Kisah tersebut sekali lagi menjadi peringatan bahawa rezeki dan jemputan ke Tanah Suci bukan diukur melalui harta semata-mata, sebaliknya keikhlasan niat serta keyakinan kepada ketentuan Ilahi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram