
SEBAGAI seorang Muslim, ia menjadi kewajiban untuk menunaikan solat kerana ia adalah amalan pertama yang akan dihitung di akhirat kelak.
Disebabkan itu, kita digalakkan untuk mengingatkan saudara sesama Islam untuk berbuat amal kebaikan terutamanya dalam menunaikan solat.
Dalam satu video yang tular di media sosial, terdapat seorang remaja lelaki yang dilihat cukup tegas dalam memastikan rakannya tidak cuai menunaikan rukun Islam yang kedua itu.
BACA LAGI: ALLAH mahu kita sentiasa ingat-NYA waktu susah atau senang — Isteri Nabil Ahmad
BACA LAGI: ‘KL lockdown’, 6 lebuh raya termasuk Elite-MEX antara ditutup sempena Sidang Kemuncak Asean
"Pergi sembahyang!," tegur remaja itu kepada rakannya yang dilihat leka sedang bermain telefon.
Walaupun teguran itu dibuat dengan agak kasar dengan remaja itu menjerit kuat kepada rakannya, namun tiada sebarang reaksi buruk ditunjuk.
Barang kali kerana teguran itu ada benarnya, rakan itu memilih untuk tidak melawan atau memberikan reaksi negatif.
Ramai yang memuji remaja tersebut kerana menganggap sebagai rakan yang tidak mahu ke syurga seorang diri, sebaliknya mahu membawa kawan-kawannya bersama.
"Pegang kata-kata saya, jika ada kawan seperti ini, jangan dilepaskan tali persahabatan dengan dia. Sesungguhnya dia tidak ingin melihat kamu dalam neraka, dia ingin kamu bersamanya di syurga," kata Suhaimi Miy.
"Terbaik dik, jarang jumpa sahabat macam ni dik. Abang ramai kawan tapi ke laut semua. Ya ALLAH hantarlah dekat aku seorang yang macam ni," pohon Wann Syazwan.
"Saya respect juga dekat kawan dia tu sebab dia tak balas atau tumbuk pun kawan yang marahkan dia tu. Mungkin dia masih ada fikiran yang betul juga (apa yang) kawan dia marahkan itu," ujar Halijah Siti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram