
GANDINGAN beregu lelaki veteran, Tan Wee Kiong-Nur Azriyn Ayub mengejutkan dunia badminton apabila mereka berjaya menumbangkan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won-ho-Seong Seung-jae di pusingan kedua Terbuka Denmark.
Pertarungan yang diadakan pada Khamis, beregu veteran itu mara dengan bergaya apabila menang 21-19, 21-14 dalam tempoh 36 minit sahaja.
Dengan kemenangan itu, gandingan veteran negara tersebut akan mara ke suku akhir dengan mempunyai peluang meraih kejuaraan di bumi Eropah.
BACA LAGI: Legenda badminton nasihat BAM, hantar skuad terbaik ke Sukan SEA
BACA LAGI: Bukan beregu biasa-biasa, badminton simbol gandingan pelbagai kaum berpadu tenaga demi Malaysia
Mereka akan bertemu sama ada pasangan China, Liang Weikeng-Wang Chang dengan aksi dijangka diadakan pada 11 pagi waktu Malaysia, Jumaat ini.
Dalam masa yang sama, gandingan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut mara ke suku akhir selepas mengalahkan Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara dari Jepun dengan keputusan 21-13, 21-18.
Dengan kemenangan itu membolehkan mereka untuk berdepan sama ada rakan senegara yang juga juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei atau gandingan China, Gao Jiaxuan-Wu Mengying. — The Star/ADAM ZAMRI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram