
SEORANG bayi lelaki berusia setahun disahkan maut, manakala lapan mangsa lain cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang dekat Kajang Selangor pada Sabtu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11 pagi sebelum sebuah jentera bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi digerakkan ke lokasi.
“Kemalangan itu membabitkan sebuah Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Shah Alam, Honda City, Proton X70 serta sebuah lori tiga tan membawa muatan barangan lusuh.
BACA LAGI: [VIDEO] Anak kena tukul penagih dadah marah-marah di Bachok makin kritikal, bapa harap ‘keajaiban’
BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura ikut mencari, jiran terdekat rupa-rupanya dalang kes mayat anak tunggal dalam guni
“Kesemua sembilan mangsa terlibat, termasuk seorang bayi lelaki yang tersepit di bawah Nissan X-Trail.
"Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 11.30 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurut beliau, seorang lelaki dewasa turut tersepit di bawah kenderaan namun berjaya dikeluarkan kira-kira jam 11.20 pagi sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Tujuh lagi mangsa yang cedera telah dibawa oleh pasukan KKM ke hospital lebih awal sebelum anggota bomba tiba di lokasi,” jelasnya.
Terdahulu tular beberapa video saksi kejadian di laman media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Melalui video yang dikongsikan, seorang saksi mendakwa lori tiga tan berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan yang lain.
"Lori 'terbang' tanpa pemandu. Ada bayi meninggal.
"Lori hilang kawalan bang selepas tayar pecah dan pemandu sempat lompat keluar sebelum kenderaan bergerak sendiri," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram