Kes pemandu bas rakam 'crush', Wanita MCA gesa penguatkuasaan undang-undang perlindungan kanak-kanak lebih tegas


  • Primer
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Tangkap layar tindakan seorang pemandu bas sekolah memuat naik video murid sekolah di dalam kenderaan itu di media sosial diarahkan untuk dilaporkan kepada pihak polis.

WANITA MCA menggesa penguatkuasaan undang-undang perlindungan kanak-kanak yang tegas berikutan kejadian yang membimbangkan melibatkan seorang pemandu bas sekolah.

Setiausaha Agung Wanita MCA, Chan Quin Er berkata, pihaknya sentiasa berpegang teguh dalam memperjuangkan penguatkuasaan tegas Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurutnya, selain daripada Kanun Keseksaan, setiap warganegara Malaysia berhak terhadap privasi mereka dan juga tidak diganggu secara dalam talian atau luar talian.

BACA LAGI: Sesi luah perasaan berkumpulan di tempat kerja mampu atasi tekanan mental — Pakar Psikologi

BACA LAGI: VIDEO] Kenal syabu ketika usia 12 tahun, detik kawan mati ketika tengah 'high' ubah diri Iskandar

2899634

Quin Er berkata, pihaknya sentiasa berpegang teguh dalam memperjuangkan penguatkuasaan tegas Akta Kanak-Kanak 2001. — Gambar fail

"Untuk kanak-kanak, kita mempunyai Akta Kanak-Kanak 2001 yang melindungi kanak-kanak.

"Ini adalah perlindungan tambahan untuk kanak-kanak agar tidak terdedah dan diabaikan," kata Quin Er.

Beliau juga menekankan kepentingan menggunakan Akta Komunikasi dan Multimedia untuk bertindak terhadap mereka yang menyalahgunakan platform media sosial.

"Garis panduan tertentu perlu diikuti di media sosial untuk mencegah pendedahan kandungan kanak-kanak di bawah umur yang terbuka kepada penyalahgunaan dan meletakkan kanak-kanak kita dalam risiko," katanya.

Beliau menyeru agar ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut membuat laporan polis dan membantu dalam siasatan.

Seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik video dan gambar-gambar pelajar yang diangkutnya telah ditahan awal pagi Jumaat di Simpang Renggam, Kluang.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, lelaki tempatan berusia 24 tahun itu ditangkap oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang pada pukul 2.57 pagi.

Telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu dirampas untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kejadian tersebut mendapat perhatian umum apabila seorang pengguna media sosial di X (Twitter) berkongsi hantaran di TikTok oleh pemandu bas sekolah tersebut dengan kapsyen kepada murid perempuan sebagai 'crush' dan 'sayang'. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram