Gunakan jadual visual antara 4 tip sambut Syawal bersama anak austisme


  • Massa
  • Khamis, 11 Apr 2024

Terdapat antara pesakit autisme tidak menyukai perubahan drastik yang berlaku dalam rutin harian mereka. —Gambar hiasan

KEHIDUPAN bukan mudah buat ibu bapa yang mempunyai anak diagnosis mengalami autisme atau gangguan perkembangan sepanjang hayat (ASD).

Hal ini kerana hari ibu bapa berhadapan cabaran yang unik setiap hari dalam menangani keperluan dan karenah anak istimewa mereka.

Malah setiap kali menjelang hari perayaan, ibu bapa serta penjaga perlu membuat persiapan awal terlebih dahulu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada anak mereka atau orang sekeliling.

Ia bukanlah tugas yang mudah, apatah lagi bila berdepan dengan saudara mara yang kurang berpengetahuan mengenai penyakit tersebut.

Tambahan pula, berhari raya bersama kanak-kanak autisme memerlukan beberapa penyesuaian dan persiapan khusus untuk memastikan bahawa mereka juga dapat menikmati suasana perayaan tanpa terlalu terganggu dengan kehadiran orang ramai.

Mempunyai dua orang anak autistik, Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Hasnah Toran tampil berkongsi beberapa tips menyambut Hari Raya dengan anak istimewa.

1. Baca buku 'social story for autism' versi raya bersama anak

transitioning-to-the-bus

Contoh buku 'social story for autisme yang boleh digunakan bagi membantu kanak-kanak istimewa memahami urutan aktiviti dan perubahan dalam rutin harian. — Agensi

Berikan anak istimewa anda maklumat awal tentang apa yang dijangka semasa perayaan Aidilfitri menggunakan buku 'social story for autism' versi raya bersama anak.

Gunakan jadual, gambar, atau kad papan bagi membantu mereka memahami urutan aktiviti dan perubahan dalam rutin harian.

Dalam jadual tersebut, boleh juga diletakkan gambar sanak-saudara dan ahli keluarga yang terdekat agar anak-anak istimewa itu tidak berasa takut atau terkejut dengan kehadiran orang baru.

2. Gunakan jadual visual versi raya

weekly-planner-board

Contoh jadual yang boleh digunakan. — Gambar Hiasan

Keluarga yang mempunyai anak istimewa mungkin perlu menyesuaikan rutin harian mereka semasa Hari Raya. Ini mungkin termasuk mengekalkan jadual harian yang stabil bagi anak tersebut, termasuk waktu tidur, waktu makan, dan waktu berehat, sambil memperkenalkan aktiviti-aktiviti khas Hari Raya dalam jadual tersebut.

Buat persetujuan dengan pasangan mengenai rancangan dengan anak dengan autisme seperti merancang jadual berziarah pada hari raya.

Selain itu pastikan, anak yang diagnosis mengalami autisme perlu cukup tidur agar mereka tidak meragam.

3. Kongsi maklumat mengenai keadaan anak kepada keluarga dan saudara-mara

25-758x602-1

Jangan terlalu mendesak kanak-kanak istimewa ini untuk berinteraksi atau mengambil bahagian dalam aktiviti yang mungkin tidak selesa bagi mereka. — Agensi

Komunikasi terbuka dan jujur antara ahli keluarga adalah penting dalam menjalani sambutan Hari Raya dengan anak istimewa.

Bagi ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak autistik, mereka perlu berbincang bersama untuk memahami keperluan dan keinginan anak-anak mereka bersama ahli keluarga yang lain.

Ia penting agar ahli keluarga yang lain dapat bekerjasama untuk mencipta persekitaran yang menyenangkan bagi semua.

Pada masa sama, jangan terlalu mendesak kanak-kanak istimewa ini untuk berinteraksi atau mengambil bahagian dalam aktiviti yang mungkin tidak selesa bagi mereka.

4. Pendekkan waktu melawat rumah sanak saudara

man  brought child visit farther during raya festive

Dengan memendekkan waktu berkunjung, anda dapat mengurangkan keletihan dan membantu kanak-kanak autistik menjaga keselesaan mereka. — Gambar Hiasan

Lawatan yang terlalu lama boleh menyebabkan keletihan dan tekanan pada anak autisme, terutama jika mereka menghadapi kesukaran dalam menangani situasi sosial yang kompleks.

Dengan memendekkan waktu berkunjung, anda dapat mengurangkan keletihan dan membantu kanak-kanak autistik menjaga keselesaan mereka.

Memendekkan waktu lawatan juga dapat membantu anda memperhatikan kesejahteraan emosi anak anda. Jika mereka mulai menunjukkan tanda-tanda keletihan atau ketidakselesaan, anda harus segera membawa mereka pulang untuk berehat.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram