Jangan tak tahu duit raya hak anak, kalau ibu bapa guna wajib kena ganti


  • Mukmin
  • Jumaat, 12 Apr 2024

Ibu bapa perlu menyimpan duit raya yang diberikan kepada anak-anak mereka semasa mengunjungi rumah saudara mara ketika sambutan Aidilfitri.

UMAT Islam di seluruh dunia kini sedang meriah menyambut hari raya Aidilfitri dengan saling menziarahi rumah terbuka dan mengunjung sanak saudara bagi mengeratkan lagi silaturahim.

Ketika saling menziarahi sanak saudara mahupun jiran tetangga, pasti kanak-kanak menjadi keutamaan dalam pemberian duit raya.

Tidak mengira lapisan umur, anak kecil termasuk bayi sering mendapat duit raya daripada ahli keluarga dan sanak saudara.

Malah, jika ada yang bermurah hati, ada yang menghulurkan duit raya dalam jumlah yang di luar jangkaan sehingga mencecah ribuan ringgit.

Meskipun begitu, ada perkara yang perlu dititikberatkan para ibu bapa di luar sana dari sudut penyimpanan duit raya anak masing-masing.

BACA LAGI: Balik kampung beraya, ketahui formula solat qasar dan jamak musafir

3F21D5CB-7A2D-4ACF-832F-D5E2F4D403BF

Duit raya anak adalah hak anak yang menjadi amanah ibu bapa untuk disimpan dengan baik. — Gambar hiasan

BACA LAGI: Rezeki suami bukan pada reda isteri sahaja, ibu juga jadi asbab keberkatan

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub, ibu bapa tidak boleh menggunakan duit anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja.

"Duit raya anak adalah hak anak. Ibu bapa perlu amanah dengan harta anak dan tidak boleh ambil sesuka hati," katanya.

Katanya, jika ibu bapa sudah menggunakan harta anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.

Mohamad Wadi turut menyenaraikan tiga keadaan ibu bapa boleh menggunakan duit raya anak mereka:

• Harus digunakan untuk maslahat anak dan tidak perlu digantikan.

• Harus digunakan untuk tujuan peribadi ibu bapa walaupun tanpa izin anak sekiranya ibu bapa dalam keadaan terdesak dan memerlukan namun ia terhad kepada kadar keperluan sahaja tanpa bermewah-mewah.

• Harus digunakan duit tersebut untuk tujuan peribadi walaupun ibu bapa tidak berada dalam keadaan terdesak, namun ia berstatus qard (pinjaman) dan perlu digantikan semula.

Dalam pada itu, Mohamad Wadi turut menasihati ibu bapa agar menyimpan duit raya anak mereka ke dalam akaun bank seperti Tabung Haji dan sebagainya bagi digunakan pada masa hadapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram