Meremang bulu roma, 5 filem seram dengan 'plot twist' tak terjangka


  • Hiburan
  • Selasa, 02 Mei 2023

Babak cemas dan menyeramkan antara elemen yang digunakan dalam filem seram sebagai salah satu suntikan menarik perhatian penonton.

MEMPUNYAI peminatnya tersendiri, filem seram sering menjadi pilihan penonton terutama apabila berpeluang menyaksikannya di layar perak.

Sebilangan filem yang menggunakan konsep penceritaan sama menyebabkan mudah menjangka plot cerita, namun itu tetap tidak menghalang penonton untuk berpusu-pusu ke pawagam.

Bahkan filem seram juga sentiasa mendapat sambutan dan menjadi antara tema popular dan digemari terutama karya Indonesia.

Boleh dikatakan pembuatan filem seram dari negara seberang ini mempunyai magis tersendiri.

Justeru, berikut Majoriti senaraikan filem seram yang memiliki pengakhiran memutarbalikkan plot atau plot twist:

Misteri Rumah Tua, 1987

MV5BZWU1ODNiNGQtZTQyMy00MTI2LWIxMTYtYWIyNDM4NmMwMDBlXkEyXkFqcGdeQXVyMTMzMDI1NDAw._V1_

Filem ini mendapat kerjasama antara Malaysia dan Indonesia yang diarahkan oleh Lilik Sudjio. Boleh dikatakan, filem ini merupakan karya pertama pelakon veteran, Noor Kumalasari di negara republik itu.

Dibintangi oleh Rani Soraya, W.D. Mochtar, Bram Adrianto dan Anton Erlangga, filem Misteri Rumah Tua menceritakan tentang kematian tragis yang dialami oleh sebuah keluarga.

Diceritakan Laksmi merupakan anak tunggal bagi pasangan berada yang tinggal di sebuah rumah banglo di tepi pantai.

Boleh dianggap sebagai cerita seram klise, Misteri Rumah Tua menceritakan tentang lima orang sahabat yang menggembara di dalam hutan dan secara tidak sengaja menemui sebuah gua misteri.

Di dalam gua itu mereka menemukan sebuah patung dan salah seorang daripada memilih untuk membawa patung tersebut pulang.

Terdapat juga babak yang memperlihatkan waktak Laksmi lakonan Noor Kumalasari yang melahirkan bayi dari mulut. Dikatakan terlalu menyeramkan, babak terbabit bagaimanapun disunting dan dipadamkan.

Hereditary, 2018

MV5BOTU5MDg3OGItZWQ1Ny00ZGVmLTg2YTUtMzBkYzQ1YWIwZjlhXkEyXkFqcGdeQXVyNTAzMTY4MDA@._V1_

Filem seram Hollywood arahan Ari Aster juga menceritakan tentang misteri yang simpan oleh sebuah keluarga. Pelbagai perkara misteri mula berlaku satu persatu sebaik sahaja ibu Ellen bernama Annie meninggal dunia.

Seluruh keluarga berduka atas kematian Annie, tetapi tidak menyedari wujudnya roh jahat yang cuba untuk menghancurkan keluarga tersebut.

Hereditary yang merupakan filem genre seram psiko dibintangi oleh Toni Collette, Alex Wolff, Milly Shapiro dan Ann Dowd.

House of Disappeared, 2017

ezgif-5-d53925893b

Filem dari Korea Selatan ini merupakan dibuat semula versi baharu daripada filem seram Venezuela, The House At The End Of Time.

Diceritakan Mi-hee yang merupakan seorang suri rumah dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan membunuh suami dan anak lelakinya.

Setelah 25 tahun menjalani hukuman, Mi-hee akhirnya kembali semula ke rumah lama miliknya yang berlaku semua tragedi.

Secara perlahan-lahan Mi-hee akhirnya berjaya membongkar rahsia pembunuhan tersebut dengan bantuan seorang paderi.

Bangsal 13, 2004

MV5BYjY0OThlMTQtYTQwZi00NDRkLWE4NTMtMDU3NWY4YWNiMmQ1XkEyXkFqcGdeQXVyNjA5MDIyMzU@._V1_FMjpg_UX1000_

Diarahkan oleh Ody C. Harahap, filem Bangsal 13 lakonan Endhita, Luna Maya, Lia Candrassari, Ario Bayu, Andika dan Bella Esperance menceritakan tentang pesakit yang mendapat rawatan di sebuah hospital.

Akibat kemalangan, Nat dan Mina perlu dimasukkakn ke wad. Namun, disebabkan hospital terlalu penuh dengan pesakit, kedua-duanya perlu ditempatkan di bangsal 13.

Sejak itu, pelbagai kisah misteri berlaku kepada mereka sehingga memecah rahsia jururawat yang sudah membunuh puluhan pesakit di hospital tersebut.

Baskin, 2015

MV5BNDI2NzAwOTEzOV5BMl5BanBnXkFtZTgwMzMxNzI2ODE@._V1_

Filem berasal dari Turkiye bertajuk Baskin ini merupakan karya hasil semula daripada sebuah filem pendek pada 2013 dengan menggunakan tajuk sama.

Menceritakan tentang lima orang anggota polis yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami mimpi aneh.

Pelbagai peristiwa misteri berlaku selepas mereka menikmati makan malam di sebuah kedai makan. Salah seorang anggota terbabit kemudian mendakwa dirinya sudah mampu melihat makhluk ghaib.

Setelah insiden itu, pelbagai kejadian aneh menimpa kesemua anggota polis berkenaan sehinggalah kesemuanya ditemui lemas di dalam sebuah tasik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram