Perang Badar antara 5 peristiwa penting Islam di bulan mulia


  • Mukmin
  • Jumaat, 24 Mac 2023

Tentera Islam seramai 313 orang berjaya menewaskan 1000 tentera kafir ketika dalam Perang Badar yang berlaku pada 2 Ramadan tahun kedua Hijrah. — Agensi

KEISTIMEWAAN Ramadan tidak hanya memberi peluang untuk kita menikmati masa berbuka puasa dengan orang tersayang. Tetapi, bulan yang penuh barakah ini turut mengajar kita tentang erti sabar dan bersyukur.

Bukan sahaja melibatkan soal melakukan ibadah kepada ALLAH, tetapi Ramadan juga mencatat banyak sejarah Islam yang boleh dijadikan pedoman dan pengajaran.

Sesungguhnya, barisan pejuang Islam terdahulu sanggup mengorbannya nyawa demi kelestarian umat seterusnya.

Oleh itu, berikut antara peristiwa bersejarah dalam Ramadan yang merupakan bulan dimuliakan ALLAH serta dibukakan pintu keampunan.

Pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah)

kisah-leluhur-rasulullah-dan-jabatan-pemegang-kunci-kabah-lji

Ratusan ribu umat Islam memasuki berjaya memasuki ke kota Makkah tanpa berlakunya pertumpahan darah. — Agensi

Berlaku pada 10 Ramadan tahun ke-6 Hijrah dan kemuncaknya apabila kaum Musyrikin Makkah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang dilakukan bersama orang Islam.

Antara kandungan perjanjian tersebut ialah setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Nabi Muhammad atau sekutu Quraisy. Kedua-duanya tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain dan bantuan daripada tentera luar untuk berperang.

Bagaimanapun ada puak yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah sehingga tercetusnya peperangan di satu kawasan lembah.

Apabila Rasulullah mengetahui kejadian itu, maka baginda menggerakkan ratusan ribu umat Islam menuju ke Makkah dan menolak sebarang rundingan dengan kaum Quraisy.

Puak Quraisy tidak mengetahui kedatangan umat Islam sehinggalah mereka menghampiri kota Makkah. Umat Islam kemudian berjaya memasuki Makkah tanpa sebarang pertumpahan darah.

Hal ini jelas menunjukkan kekuasaan ALLAH yang membantu kepada hambanya yang ikhlas seperti firmanNYA dalam surah An-Nasr, ayat 1 maksudnya: “Apabila telah datang pertolongan ALLAH SWT dan kemenangan.”

Turunnya kitab Islam

ezgif-4-ff50f888f8

Kita suci Islam, al-Quran dinyatakan turun pada bulan Ramadan.

Berdasarkan ilmuan Islam dan para tafsir hadis merekodkan bahasa ALLAH SWT menurunkan al-Quran termasuk kitab terdahulu dalam bulan Ramadan.

Menurut firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah, ayat 185, maksudnya: “Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan permulaan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).

Berdasarkan hadis Ahmad, dinyatakan ilmuan Islam, Hassan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Silsilah Ash-Shahihah (hadis no.1575) menyatakan; lembahan atau shuhuf (Merupakan kalam ALLAH yang diwahyukan kepada nabi dan rasul) Nabi Ibrahim diturunkan pada permulaan malam Ramadan, kitab Taurat diturunkan pada 6 Ramadan abad ke 12 sebelum Masihi, kitab Injil paa 13 Ramadan abad pertama Masihi manakala al-Quran pada 24 Ramadan abad ketujuh Masihi.

Perang Badar

ezgif-4-df383d3d8c

Biarpun dalam keadaan berpuasa, sesungguhnya tentera Islam tetap berjuang dalam peperangan. — Agensi

Pada hari Jumaat 2 Ramadan tahun kedua Hijrah, berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Perang Badar.

Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di daerah itu. Dikatakan tentera Islam seramai 313 orang berhadapan dengan 1,000 tentera musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata.

Tentera Islam menang pertempuran tersebut dan menyaksikan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Dianggap sebagai satu peperangan luar biasa, apabila tentera Islam yang sedikit jumlahnya dan kurang dalam sudut kelengkapan senjata apatah lagi berpuasa, bukan faktor untuk menyerah kalah.

Berdasarkan firman ALLAH dalam surah Ali-Imran, ayat 123 maksudnya: “Sesungguhnya ALLAH SWT telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada ALLAH, agar kamu mensyukuriNYA.”

Meruntuhkan berhala Al’uzza

Allat-Latta

Patung berhala Al'uzza yang menjadi kebanggaan kaum kafir Arab jahiliah. — Agensi

Dinyatakan berhala Al’uzza merupakan patung dewi terbesar yang menjadi penyembahan kaum kafir Arab jahiliah.

Setelah umat Islam membebaskan kota Makkah, Nabi Muhammad SAW menyucikan dengan memusnahkan 360 patung berhala di sekitar dan dalam Kaabah.

Rasulullah mengirimkan panglima perang, Khalid Al-Walid untuk menghancurkan semua patung tersebut dan kejadian itu dilakukan 5 hari sebelum berakhirnya Ramadan pada tahun kesembilan Hijarah.

Pembukaan Kota Andalusia (Sepanyol)

andalusia-1150x647-1

Tamadun Andalusia berada di bawah pemerintahan Islam selama lapan abad.

Andalusia adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah bahagian Semenanjung Liberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi.

Pada 28 Ramadan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalusia.

Selepas tentera Islam tiba, Tariq membakar kapal Islam supaya tiada tentera yang terfikir untuk berundur. Kejayaan berjaya diperoleh apabila Andalusia ditawan dan menyelamatkan rakyat yang dizalimi.

Islam bertapak di Andalusia selama lapan abad dan meinggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia Barat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram