Madani Coffee, produk baru Syida Melvin tanpa Syatilla


  • Hiburan
  • Selasa, 21 Mac 2023

Syida memilih untuk bergerak sendiri dengan menguruskan perniagaannya tanpa melibatkan adik beradik lain.

PELAKON Syida Melvin memberanikan diri bergerak solo tanpa bergantung kepada kudrat adik-beradik untuk memulakan perniagaan baharu berasaskan minuman iaitu Madani Coffee.

Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 25, bagaimanapun masih bekerjasama dengan adik beradik lain iaitu Syatilla, Syifa dan Syafiqa membangunkan produk kosmetik.

Tetapi katanya, meskipun perniagaan kosmetik tersebut berjaya, namun dia mahu mencabar diri dengan memulakan perniagaan sendiri.

“Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman tersebut membuatkan saya yakin untuk menceburi bidang perniagaan baharu secara sendiri,” katanya.

Tambah Syida, keputusannya tersebut sebagai salah satu usaha untuk mencuba perniagaan baharu tidak bermakna terdapat sebarang isu antaranya dengan adik-beradik yang lain, malah mereka secara terbuka menyokong usahanya itu.

majoriti2023 (1)

Syida nafi bergerak sendiri disebabkan bergaduh dengan adik beradik lain dalam menguruskan perniagaan.

“Tidak mungkin kami akan bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.

“Dari awal lagi ketika baru hendak membangunkan Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu,” tutur Syida.

Syida yang mengusahakan Madani Coffee bersama suaminya, Shafiq Shaheen, menjelaskan dia juga ingin membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen produknya.

Madani Coffee yang berperisa Caramel Macchiato itu dijual pada harga RM49 sepeket dan berbeza dengan produk minuman yang lain kerana mengandungi khasiat buat penggemar kopi.

“Antara kandungan dalam produk ini adalah, habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa) ,probiotik , fiber sitrus dan biji kopi premium 100% arabika.

“Jadi, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah,” kata Syida.

Untuk rekod Syida pernah membintangi drama BFF (Best Friends Forever) dan Rindu Bertamu di Abu Dhabi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram