Jangan anggap isteri seperti 'babu', suami perlu contohi tauladan Rasulullah demi keharmonian rumah tangga


  • Mukmin
  • Isnin, 20 Feb 2023

Isteri yang menganggap dirinya sebagai hamba akan mudah berasa diri mereka seperti tidak dihargai dan kecewa.

MESKIPUN dunia sudah berdepan dengan peralihan teknologi dan perkembangan sains semesta, namun masih wujud pemikiran masyarakat yang jumud menganggap segala perihal rumah tangga harus dilakukan oleh wanita.

Boleh dikatakan seperti acuan yang sudah dibentuk sejak sekian lama tanpa pengira adat, budaya mahupun agama. Semuanya sependapat mengatakan isteri seharusnya melaksanakan tugas di rumah seperi memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya.

Sekiranya segala yang tersenarai tidak dilakukan, maka isteri tersebut mudah saja digelar sebagai pemalas dan queen control.

Mengapakah masyarakat tidak melihat rumah tangga itu harus dilakukan secara kerjasama antara suami isteri dan saling membantu antara satu sama lain. Tanggungjawab itu tidak boleh diberikan secara sebelah pihak sahaja lebih-lebih lagi wanita kini sebanyakannya memiliki kerjaya dan perlu menguruskan hal pejabat.

ezgif-4-802874b21a

Bagi memastikan rumah tangga bahagia, seperti perkara perlu dilakukan secara bertolak ansur dan kerjasama termasuklah melakukan kerja rumah.

Melihat kepada situasi itu, pendakwah selebiriti Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar menyifatkan lelaki seharusnya mencontohi hadis Rasulullah SAW tentang bagaimana cara menyantuni keluarga.

Suami juga perlu menjauhi sifat ananiah iaitu rasa ego yang tinggi terutama apabila berhadapan dengan isteri.

Ilmuan Islam, riwayat al-Tirmidhi, diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya). (Riwayat al-Tirmidhi 3895)

Dalam situasi begini, Tuan Asmawi berkata, lelaki atau suami itu tidak boleh mempunyai sifat dan rasa ananiah.

"Berasa diri sudah cukup besar, berpangkat, berjawatan tinggi dan sebagainya. Tetapi, apabila dalam hubungan rumah tangga dengan isteri, zon kita perlu merendahkan diri.

“Jadi isunya kalau siapa pun dia, apa pun jawatannya, sekiranya bersifat lemah lembut dengan isterinya, maka sifat itu sesuatu hal yang terpuji. Berlandaskan hadis tentang bagaimana Rasulullah menyantuni ahli keluarga, perkara itu boleh dijadikan sebagai contoh tauladan buat kita semua,” katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Tuan Asmawi turut menjelaskan tentang wujudnya pandangan mengatakan ada hadis mengatakan Rasulullah SAW melakukan kerja rumah dan tidak memperlakukannya isterinya seperti hamba.

“Dalam keadaan begini, isteri itu merasakan dirinya dilayan seperti mana hamba. Tetapi sebenarnya isteri adalah pasangan jiwa kita yang perlu dikasihi dan dicintai. Jadi apabila kita melihat apa yang dilakukan Rasulullah itu adalah benar, maka Rasulullah sendiri membantu para isteri melakukan kerja rumah.

“Tetapi, kalau kita berfikiran begitu, jangan pula kita fikir Rasulullah memiliki dapur memasak seperti kita. Rumah Rasulullah pun bagaimana dahulu. Walau bagaimanapun dalam situasi ini jangan jadikan isteri itu sebagai hamba. Itu salah kerana sepatutnya kita saling membantu,” jelasnya.

Tuan Asmawi bagaimanapun tidak memberi pengesahan tentang kewujudan hadis terbabit seperti didakwa seorang pengguna media sosial. Namun, apa yang ditegaskan olehnya ialah sifat saling tolong menolong antara suami isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah.

Puzzled Asian housekeeper tries to keeps home bright and clean shocked how much dust is in room looks at dirty sponge does household chores poses near basket full of laundry uses cleaning products

Tanggungjawab mengemas rumah bukan hanya terletak di bahu isteri semata-mata kerana suami juga perlu saling membantu dan bertolak ansur.

“Mereka (isteri) menganggap itu sebagai satu pengabdian kerana terpaksa. Apabila timbul perasaan terpaksa maka timbul pula perasaan tidak dihargai dalam diri individu itu dan berasa tidak diperlukan.

“Kadangkala ada orang yang memerlukan kehadiran kita dalam hidup, tetapi tidak tahu menghargai. Oleh itu saya berasa contoh Rasulullah berbuat baik kepada keluargannya itu adalah satu sifat yang perlu dipuji dan wajar dijadikan pantuan buat kita semua,” terangnya.

Demi mewujudkan kelestarian dan keharmonian rumah tangga, setiap pasangan perlu saling membantu dan bertolak ansur. Seharusnya hal menjaga rumah tangga tidak hanya terletak di bahu isteri semata-mata.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram