Tragedi kanak-kanak maut ketika berwuduk, didikan ibu bapanya boleh jadi ikutan


  • Mukmin
  • Jumaat, 11 Mac 2022

KEADAAN tembok dinding tangki air masjid berkenaan selepas kejadian menimpa Husain. — Facebook Asma Harun

BARU-BARU ini, hasrat seorang kanak-kanak lelaki untuk menunaikan solat maghrib berjemaah di sebuah masjid di Jawa Timur, Indonesia tidak kesampaian apabila dia maut ditimpa tembok dinding tangki air masjid berkenaan.

Dalam kejadian pada Sabtu mangsa, Moh Ibnu Husain Khuluqi yang berusia 11 tahun difahamkan sedang mengambil wuduk di Masjid Riyatus Shohibin, Blitar bersama seorang rakannya.

Namun nasib tidak menyebelahinya apabila insiden berkenaan menyebabkan Ibnu Hussein yang mengalami kecederaan serius di bahagian kanan kepala terus meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Facebook, pendakwah bebas Ustazah Asma Harun berkata, kanak-kanak yang meninggal dihempap tembok itu masih belum baligh, namun telah dijemput pulang oleh ALLAH SWT.

"Benarlah ajal itu tidak mengenal usia. Anak kecil yang meninggal sebelum baligh dapat memberi syafaat kepada ibu bapanya.

"Daripada Habibah r.a., beliau menceritakan yang bermaksud; “Aku ada bersama Aisyah, kemudian datang Nabi SAW sehingga Baginda SAW masuk lalu bersabda: Tidaklah dua orang muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak yang belum baligh kecuali ALLAH akan datangkan mereka pada hari Kiamat sehingga didirikan di pintu-pintu Syurga lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam Syurga. Mereka menjawab: Sehingga dimasukkan (juga) ibu bapa kami. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu dan juga ibu bapa kamu ke dalam Syurga," HR Tabrani, hadis sahih

Malah, Asma Harun juga kagum ibu bapa Husain apabila mereka memilih untuk tidak menyaman pihak masjid, sebaliknya redha dengan pemergian anak lelakinya dengan baik.

Menurutnya, cara mendidik ibu bapa Husain juga perlu diberi pujian kerana di usia sebegitu, budak itu lelaki tersebut memilih untuk ke masjid menunaikan solat daripada bermain permainan bersama rakan seusianya.

"Mendidik anak supaya sabar melakukan perintah ALLAH perlukan mujahadah yang sangat tinggi. Kebiasaannya di usia begitu anak-anak akan pilih untuk main bersama kawan atau habiskan waktu dengan permainan di telefon.

"Namun anak ini memilih untuk tinggalkan semua itu dan hadir ke rumah ALLAH bagi menunaikan solat.

"Sebenarnya ia satu tamparan juga buat kita yang remaja dan dewasa, kerana mungkin kita masih sush dengan diri dalam melakukan amal soleh, bahkan kita mudah tertewas dengan pujukan nafsu sendiri. Allahu Akbar," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram