'Ajar dengar arahan', guru senarai perkara ibu bapa perlu buat sebelum anak masuk Darjah 1


  • Bonda
  • Jumaat, 30 Jan 2026

Terdapat beberapa perkara penting ibu bapa perlu lakukan sebelum anak memasuki darjah 1. — Gambar hiasan

PERSEDIAAN awal anak sebelum melangkah ke alam persekolahan terus menjadi perhatian ibu bapa, khususnya dari aspek pengurusan, emosi dan disiplin diri.

Seiring dengan cabaran sebenar di sekolah yang melibatkan pelbagai jenis murid dan kemudahan yang terhad, ibu bapa ditekankan untuk memberi latihan asas di rumah bagi membantu kanak-kanak menyesuaikan diri apabila memasuki darjah 1.

Justeru, seorang guru menerusi akaun Threads @shamienbasit_ tampil berkongsi beberapa pesanan kepada ibu bapa yang merancang mendaftarkan anak mereka berusia 6 tahun ke darjah 1 pada 2027.

BACA LAGI: Beri pendedahan awal, standard global, nilai teras, My Future Leaders bina pemimpin masa depan

BACA LAGI: Simpan niat dengan suami, guru derma tanah sendiri lebih 7,000 meter bina sekolah

Ibu bapa disarankan untuk melatih anak menulis dan mengeja nama sendiri. — Gambar hiasan

Menurutnya, persediaan awal di rumah amat penting bagi membantu anak menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang mencabar, terutama dari segi pengurusan diri, disiplin dan emosi.

Antara kemahiran utama yang disarankan adalah kebolehan mengurus pakaian seragam sendiri termasuk membuka dan memakai tali pinggang bagi murid lelaki.

Pesannya, anak juga perlu dilatih menggunakan tandas dewasa, sama ada tandas duduk atau mencangkung termasuk membiasakan diri menggunakan air secara minimum memandangkan isu bekalan air sering berlaku di sekolah.

"Latih cara buka seluar di dalam tandas yang basah sebab pernah ada kes murid buka seluar seperti di rumah, tinggal depan sinki sahaja.

"Paling penting latih anak mendengar arahan, menulis dan kenal nama sendiri.

"Ibu bapa latih anak belajar dalam keadaan panas dan jangan menangis kalau cikgu tinggi suara.

"Tinggi suara tak semestinya bermaksud cikgu marah, tetapi elak murid  tertidur dalam kelas," jelasnya.

Pesanan itu juga diharapkan agar dapat membuka mata ibu bapa bahawa kejayaan anak bukan hanya bergantung kepada pencapaian akademik, malah keupayaan menyesuaikan diri dengan realiti sebenar kehidupan di sekolah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram