PENGAMBILAN makanan tambahan atau suplemen kecantikan secara berlebihan tanpa pemantauan dan nasihat pakar berpotensi mengundang risiko serius terhadap kesihatan.
Situasi sama turut dikongsikan seorang wanita di media sosial selepas disyaki mengalami masalah berkaitan kanser rahim.
Menerusi hantaran Najwa Lukman di aplikasi Threads, hasil pemeriksaan perubatan dilakukannya baru-baru ini mendapati terdapat sel tidak normal dalam badannya.
BACA LAGI: Tuan kedai murah hati, belanja snek, barang dapur buat pelajar raih keputusan exam cemerlang

Kanser rahim berisiko menutup peluang wanita untuk hamil. — Gambar hiasan
"Suspek kanser tak lawak, tak jaga makan, segala suplemen ada kolagen ditelan sebab nak sangat nak putih, rupanya badan terlalu banyak terima kolagen tak diperlukan.
"Sampai ganggu hormon dan bertukar jadi sel yang boleh aktifkan kanser.
"Aku baik-baik sahaja sebab doktor bagi ubat cuma jadikan badan rasa lemah," luahnya.
Meskipun belum disahkan menghidap kanser, Najwa tetap mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan dan suplemen demi kecantikan.
Beliau turut mendedahkan kemungkinan terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim dan ovari sekiranya disahkan berada pada tahap pra-kanser.
Lebih membimbangkan apabila ia sekali gus menutup peluang untuk hamil.
Najwa bagaimanapun memilih untuk menerima keadaan tersebut dengan hati yang terbuka dan meneruskan kehidupan dengan gaya hidup lebih sihat.
"Dah tujuh hari aku makan makanan berkukus. Jadi, bersederhanalah kalau nak cantik.
"Bukan semua badan boleh tanggung sesetengah 'bahan'," pesannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
