Demi pelajar rasa lebih selamat, guru ubah suai bilik kaunseling konsep 'feels like home'


  • Hias
  • Rabu, 14 Jan 2026

Perbezaan ketara suasana bilik kaunseling sebelum dan selepas diubahsuai. — Threads/Akmal

MEWUJUDKAN persekitaran sekolah yang kondusif mampu menyokong kesejahteraan emosi dan fokus pelajar.

Ruang bilik darjah atau kaunseling yang selesa turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan usaha tersebut.

Menyedari hakikat tersebut, seorang guru mengambil inisiatif dengan mengubahsuai bilik kaunseling sekolahnya secara berperingkat.

BACA LAGI: 'Mak ulang tanya soalan sama', ibu hidap Alzheimer, Hatta Dolmat titip pesanan buat anak bujang di perantauan

BACA LAGI: 'Silent treatment', tak pulang rumah antara pengabaian emosi, berikut teknik tangani konflik perkahwinan secara rasional

Proses pengubahsuaian bilik tersebut mengambil masa selama setahun. — Threads/Akmal

Usaha tersebut juga menggunakan pendekatan kreatif dengan kos lebih rendah.

Berkonsepkan feels like home, guru dikenali sebagai Akmal Mohd berkesempatan berkongsi beberapa tip menerusi hantaran di Threads baru-baru ini.

"Saya ambil masa setahun untuk ubah suai bilik kaunseling dan tipnya adalah jangan terlalu cepat.

"Cari penaja untuk buat bilik. Antaranya, minta kedai menjual alat perkakas berhampiran dengan sekolah.

"Cara lain pula boleh minta sumbangan daripada masjid atau menteri kawasan berkenaan.

"Paling penting perlu buat sendiri untuk jimat," katanya.

Ruang bilik kaunseling yang lebih kemas selepas diubah suai. — Threads/Akmal

Beberapa gambar disertakan dalam hantaran tersebut turut memperlihatkan perbezaan ketara suasana bilik kaunseling sebelum dan selepas proses pengubahsuaian dijalankan.

Bilik kecil itu kini tampil dengan konsep moden dengan lantai berkemasan kayu cerah, dinding putih serta pencahayaan yang lebih terang dan terancang.

Kehadiran sofa, permaidani bercorak minimalis dan elemen hijau seperti pokok hiasan mewujudkan mod dan suasana tenang.

Selari dengan konsep 'rumah', ruang itu sekali gus diharapkan mampu membantu pelajar berasa lebih terbuka dan selamat untuk berkongsi sebarang masalah untuk mendapatkan bimbingan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram