'Silent treatment', tak pulang rumah antara pengabaian emosi, berikut teknik tangani konflik perkahwinan secara rasional


  • Cinta
  • Selasa, 13 Jan 2026

Jurang komunikasi yang besar sering menjadi faktor dalam keretakan rumah tangga. — Gambar hiasan

KONFLIK dalam rumah tangga tidak semestinya bermula dengan pertengkaran besar.

Sebaliknya, ia berkembang tanpa sedar melalui pelbagai faktor seperti perubahan tingkah laku dan jurang komunikasi yang besar.

Dalam kebanyakan kes, sikap berdiam diri (silent treatment) daripada pasangan mampu menjadi antara punca keretakan hubungan suami isteri.

BACA LAGI: Simbolik cinta, kekasih maut nahas kemalangan, nama diabadikan pada kafe konsep Vietnam, Filipina

BACA LAGI: 'Bukan asal lulus atau ikut kawan', bapa latih anak model ‘GROW’, pilih hala tuju lepas SPM 2026

Sikap berdiam diri secara berterusan mampu menyakiti hati pasangan. — Gambar hiasan

Fenomena itu juga semakin mendapat perhatian ramai kerana kesannya yang mendalam terhadap kestabilan emosi, kepercayaan dan kelangsungan sesebuah perkahwinan.

Berdasarkan perkongsian pemerhati isu kekeluargaan di akaun Threads, Afiq Ikhwan Abu Yuuki, ia bukanlah sekadar konflik biasa, malah dikategorikan sebagai pengabaian emosi.

Ia termasuk kerap mengelak pulang ke rumah, enggan menjawab panggilan serta menyatakan kata-kata menyakiti pasangan seperti membuat haluan masing-masing.

Menurutnya, tingkah laku tersebut termasuk dalam stonewalling kronik, iaitu satu bentuk penghindaran komunikasi yang dikenal pasti oleh pakar psikologi perkahwinan terkenal, Dr. John Gottman.

Menjawab persoalan daripada seorang wanita yang berdepan situasi itu, meniru tindakan sama bukanlah jalan penyelesaian terbaik.

"Isu kantoi pergi rumah bekas isteri bukan punca sebenar. Berkahwin dengan duda bukan masalah.

"Masalahnya adalah jika isu perkahwinan lama belum diproses secara matang.

"Data psikologi konsisten menunjukkan individu yang tidak menutup kitaran emosi lama akan membawa konflik itu ke perkahwinan baharu," jelasnya.

Mengulas persoalan sama, beliau menyarankan pendekatan yang disarankan selari dengan bukti kajian psikologi serta adab mengikut hukum Islam.

Antaranya adalah menghantar satu mesej sahaja yang jelas dan matang.

Mesej jelas dan matang mampu menjadi cara terbaik dalam menyelesaikan konflik. — Gambar hiasan

Mesej tersebut juga perlu menyatakan kesediaan berbincang secara bersemuka, keperluan mendapatkan kejelasan status rumah tangga serta menetapkan tempoh masa yang munasabah.

Kemudian, usaha mengejar perlu dihentikan kerana ia hanya lebih mendorong pasangan berkenaan untuk terus mengelak untuk bertemu.

"Teruskan rutin hidup, kerja, tanggungjawab. Ini bukan lakonan atau racun psikologi.

"Libatkan pihak ketiga berautoriti jika senyap berterusan. Dalam konteks Islam dan psikologi, orang tengah berautoriti seperti wali keluarga atau kaunselor berdaftar ialah mekanisme sihat, bukan kelemahan.

"Selepas itu, bersedia dengan semua kemungkinan. Menyebut 'haluan masing-masing' tanpa proses dialog ialah red flag.

"Bersedia dari segi emosi dan praktikal bukan bermaksud menyerah, tetapi menghormati realiti," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram