Erra gayakan tudung bawal nilai RM113,000, sudi terima 'offer' menyanyi ganti Ziana Zain sehari sebelum majlis resepsi


  • Gaya
  • Selasa, 30 Dis 2025

Erra Fazira ketika mengadakan persembahan pada acara Oscar Gala Bawal Exclusive yang berlangsung pada 25 Disember lalu. — halizamaysuri

KEPERIBADIAN mulia Primadona Filem Melayu, Erra Fazira meraih perhatian ramai selepas beliau sanggup menerima tawaran nyanyian saat akhir bagi menggantikan penyanyi Ziana Zain.

Menariknya, tawaran di acara Oscar Gala Bawal Exclusive itu diterima hanya sehari sebelum berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan dengan suami, Ezwan Zain, 44.

Menurut usahawan terkenal, Haliza Maysuri, Ziana terpaksa menarik diri pada saat akhir susulan ketika keadaan ibunya yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

BACA LAGI: Erra Fazira sah milik Mr. E, anggun berbusana biru lembut rekaan Rizman Ruzaini

BACA LAGI: 'Perfect dan profesional', wedding planner Erra Fazira dipuji pandai kawal situasi, jelas beri arahan

"Dalam keadaan yang betul-betul saat akhir, kami hubungi Era Fazira.

"Sedangkan esoknya Erra ada majlis resepsi sendiri, tapi dengan ikhlas beliau sanggup datang sekejap untuk perform, lepas itu terus balik rehearsal majlisnya.

"MasyaALLAH cantik bukan hanya pada rupa, tapi pada hati juga," katanya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads miliknya pada Isnin.

Lebih mengagumkan, busana yang digayakan Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 51, pada malam tersebut disiapkan dalam tempoh hanya sehari oleh pereka fesyen terkenal, Man Kajang, khusus untuk persembahan saat akhir itu.

Ujarnya, walaupun segalanya dibuat pada saat akhir, semuanya berjalan lancar dan tampak sempurna.

"ALLAH nak mudahkan, padan pula dengan warna tudung yang berharga RM113,000.

"Malam itu tetamu semua gembira, kalau perasan suara Erra memang sedap lain dari lain," ceritanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram