Trend 'surprise' kit ujian kehamilan kotor, doktor beri amaran elak simpan walau lepas cuci, cukup ambil gambar


  • Sihat
  • Jumaat, 26 Dis 2025

Kit ujian kehamilan yang sudah dicelup ke dalam air kencing tidak digalakkan untuk disimpan. — Gambar hiasan

PERKONGSIAN berita gembira seperti keputusan kehamilan sering diraikan dengan pelbagai cara termasuk membuat kejutan kepada pasangan atau ahli keluarga.

Namun, dalam keterujaan tersebut, aspek kebersihan tidak seharusnya dipandang ringan.

Susulan itu, pengamal perubatan, Dr. Irma Izzati tampil menegur amalan segelintir wanita yang memilih untuk menyimpan dan mempamerkan kit ujian kehamilan (UPT test kit).

BACA LAGI: Sebak baca diari arwah bapa, sekecil perkara ditulis sampai perlawanan Lee Chong Wei, Lin Dan pun ada rekod

BACA LAGI: Selalu tanam tak subur, rupanya ada teknik terbaik jaga pokok kaktus dalam rumah

Beliau pada masa sama mengingatkan bahawa perbuatan itu boleh menimbulkan risiko jangkitan kuman.

"Faham gembira dengan keputusan hamil, tetapi janganlah sampai ambil alat tersebut, tunjuk, simpan dalam kotak atau lebih parah selitkan dalam pinggan makan. 

"Tahu tak ia sangat kotor sebab alat ujian itu sentuh air kencing, walaupun hanya celup sedikit dan cuci, masih kotor," jelasnya.

Tambahnya, terdapat risiko percikan air kencing yang mungkin tidak dilihat atau disedari ketika ujian dilakukan.

"Di klinik sekali pun, jika pesakit bawa kit ujian seperti itu, kami akan minta terus dibuang.

"Tidak perlu disimpan walaupun sekadar untuk ditunjukkan, cukup ambil gambar atau lebih baik buat imbasan terus di klinik," tegasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram