'Ustazah Alawiyatun chill, kelakar', bekas pelajar imbau kenangan belajar dalam kelas ibu Kamal Adli


  • Bonda
  • Jumaat, 26 Dis 2025

Keperibadian ibu Kamal Adli yang mengimbau kenangan manis buat para bekas pelajarnya.

NAMA pelakon popular, Kamal Adli kembali hangat apabila kisah ibunya yang pernah berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah di Kajang menjadi perbualan hangat di media sosial.

Menerusi beberapa perkongsian di akaun Threads, ibu Kamal yang dikenali sebagai Ustazah Alawiyatun itu pernah berkhidmad sebagai guru subjek Pendidikan Agama.

Warga maya turut mengambil peluang tampil mengimbau kenangan ketika menuntut ilmu dengan guru berkenaan.

BACA LAGI: Tersergam bak istana rumah Melayu-Kemboja, pintu gerbang putih, tembok 'emas' alu-alukan kunjungan tetamu

BACA LAGI: Belajar terima perbezaan, kisah penuntut autistik di UIAM buka mata ramai, kongsi ilmu 'stimming'

 

 

 

 

Rata-rata mereka menyifatkan beliau sebagai seorang pendidik yang tenang dan berperwatakan ceria sekali gus menjadikan suasana pembelajaran di dalam kelas lebih santai serta menyeronokkan.

Menurut pemilik akaun @mulanizzati, antara bekas pelajar mengakui kehadiran Ustazah Alawiyatun sering dinantikan pelajar kerana caranya yang tidak terlalu formal, namun tetap berkesan dalam menyampaikan ilmu.

Tambahnya, sikap mesra beliau turut membuatkan pelajar berasa selesa untuk bertanya dan berinteraksi secara terbuka di dalam kelas.

"Ustazah pun sangat kelakar. Kalau dia masuk mengajar memang selalu tergelak-gelak," katanya.

Kenyataan itu turut disokong pengguna akaun @adlynndiyana yang juga merupakan bekas pelajar beliau.

"Bekas pelajar Ustazah Alawiyatun hadir juga. Antara ustazah yang chill," tambahnya.

Perkongsian tersebut nyata mengundang reaksi positif warganet yang rata-ratanya memuji peranan guru dalam membentuk sahsiah pelajar.

Kisah tersebut juga menjadi bukti bahawa keikhlasan dan pendekatan seorang pendidik, malah turut mencorakkan latar belakang keluarga yang melahirkan individu berjaya seperti Kamal Adli. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram