Belajar terima perbezaan, kisah penuntut autistik di UIAM buka mata ramai, kongsi ilmu 'stimming'


  • Sukses
  • Khamis, 25 Dis 2025

Kisah dua penuntut UIAM yang merupakan individu dengan spektrum autisme dikongsikan di media sosial baru-baru ini.

SETIAP individu mempunyai cara berbeza untuk berkomunikasi, berinteraksi mahu pun menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Bagi mereka dalam spektrum autisme, perbezaan tersebut bukanlah satu kelemahan, sebaliknya mencerminkan keunikan dan kekuatan yang sukar difahami masyarakat.

Menerusi perkongsian personaliti dan pengacara televisyen, Irin Putri di media sosial baru-baru ini, kisah beberapa penuntut sebuah universiti yang merupakan anak autistik membuka ruang kepada pemahaman, empati serta penerimaan lebih luas terhadap dunia mereka.

BACA LAGI: Tak faham isyarat, kurang empati sosial punca anak autisme ada potensi membuli tanpa sengaja

BACA LAGI: Selalu tanam tak subur, rupanya ada teknik terbaik jaga pokok kaktus dalam rumah

 

 

 

Seorang daripadanya, Lee Wei Xuan, pelajar Pengajian Bahasa Inggeris berkesempatan berkongsi serba sedikiti perjalanan hidupnya ketika sesi temu ramah bersama Ikon Anak Istimewa Selangor (Anis), Nur Arif Jasmin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Wei Xuan pada masa sama bercerita tentang minatnya yang mendalam terhadap bahasa Inggeris sejak kecil.

"Saya suka melukis, tonton televisyen, filem, YouTube, dengar lagu, tidur, bersenam dan baca buku," katanya.

Reaksinya ketika menerima tepukan daripada penonton bagaimanapun lebih membuka mata ramai apabila Wei Xuan menunjukkan respons tidak selesa.

Melihat situasi itu, Nur Arif dengan pantas memberi peringatan bahawa rakan seperjuangannya mempunyai sensitiviti terhadap bunyi yang kuat.

"Jika ingin berkomunikasi dengannya, elakkan menepuk tangan dengan kuat.

"Lebih baik hanya gunakan isyarat seperti tepukan tangan tanpa bunyi atau bahasa isyarat," pesan Nur Arif.

Sebagai individu autistik, Nur Arif turut menerangkan bahawa ia mengajarnya menerima perbezaan dan tidak berasa pelik terhadap tingkah laku orang lain.

Beliau malah berusaha membimbing rakan-rakan autistik lebih muda agar membesar dengan keyakinan diri dan nilai yang baik.

Nur Arif turut menjelaskan beberapa situasi stimming (perbuatan atau bunyi berulang kali) yang sering dilakukan oleh anak autsime.

"Saya sendiri dah pelik, kalau saya nampak benda pelik, lagi pelik daripada saya, saya terima.

"Setiap orang berbeza stimming, macam Hadi, dia akan selalu tengok cermin. Bukan sebab dia tak yakin wajahnya tampan, tetapi ia adalag multi-behaviour.

"Mungkin disebabkan bunyi, bau, cahaya persekitaran yang mengganggunya. Dia pun overlooked dan cari benda yang boleh menutup rasangan itu," jelasnya.

Kisah setiap anak autsime berkenaan sekali gus menekankan kepentingan sokongan orang ramai untuk menerima perbezaan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram