Selalu tanam tak subur, rupanya ada teknik terbaik jaga pokok kaktus dalam rumah


  • Hias
  • Selasa, 23 Dis 2025

Kaedah penyiraman pokok kaktus yang tepat dikongsikan warga maya. — Threads

PENJAGAAN kaktus sering dianggap mudah kerana sifatnya yang tahan lasak.

Namun, kesilapan teknik penyiraman boleh menyebabkan tanaman ini rosak dan mati tanpa disedari.

Justeru, terdapat beberapa perkongsian menarik di media sosial yang membantu para pencinta tanaman hiasan ini.

BACA LAGI: Jutawan Dubai beli pulau peribadi RM200 juta supaya isteri bebas pakai pakaian renang

BACA LAGI: 'Setiap huruf belajar kerana ALLAH', anak Abby Abadi raih 4 anugerah cemerlang di sekolah

 

 

Berdasarkan hantaran dimuat naik pengguna akaun Threads @cherylrionaldishop, ternyata ramai peminat pokok kaktus mula menyedari bahawa cara penyiraman yang diamalkan selama ini sebenarnya kurang tepat.

Menurutnya, kaktus tidak digalakkan disiram dari permukaan atas semata-mata sebaliknya, lebih sesuai menggunakan teknik rendaman.

"Saya fikir cukup sekadar siram dari atas, pasunya dicelup di dalam air biar menyerap dari bawah, jadi air benar-benar masuk dalam akar," jelasnya.

Kaedah berkenaan katanya, dapat membantu kaktus tumbuh lebih segar, mengurangkan risiko reput serta mengurangkan kekerapan penyiraman iaitu sekitar seminggu sekali.

Cara tersebut bagaimanapun dikatakan hanya sesuai jika jenis kaktus yang bersifat poros atau berliang dan akarnya sudah berkembang dengan baik.

Penggunaan bahan seperti pumice stone (batu apung) atau pasir kasar disarankan bagi memastikan air mengalir dengan lancar, selain mengelakkan lebihan air terperangkap sekali gus menyebabkan tanaman mati. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram