Jutawan Dubai beli pulau peribadi RM200 juta supaya isteri bebas pakai pakaian renang


  • Cinta
  • Isnin, 22 Dis 2025

Jamal Al Nadak (kanan) yang sanggup melaburkan wang mencecah RM200 juta demi keselesaan isterinya. — Agensi

SEORANG jutawan di Dubai, Jamal Al Nadak mencuri perhatian warganet selepas dilaporkan membeli sebuah pulau peribadi berniali kira-kira AS$50 juta (RM200 juta).

Berdasarkan laporan agensi, tindakannya itu dilakukan demi memberikan keselesaan dan privasi buat isteri tercinta.

Jamal dikenali sebagai ahli perniagaan berjaya serta personaliti media sosial yang sering berkongsi gaya hidup mewahnya di platform media sosial.

BACA LAGI: 'Setiap huruf belajar kerana ALLAH', anak Abby Abadi raih 4 anugerah cemerlang di sekolah

BACA LAGI: Wanita hamil serba salah anak termuntah di kafe, lega lihat reaksi staf redakan situasi

 

 

 

 

Beliau juga mempunyai lebih 1.3 juta pengikut di TikTok manakala, puluhan ribu peminat di akaun Instagramnya.

Pembelian pulau persendirian itu turut tular selepas isterinya, Soudi Al Nadak memuat naik sebuah video di Instagram memaparkan aktiviti mereka menaiki pesawat dan menikmati suasana pantai secara eksklusif.

Video tersebut juga disertakan kapsyen berbunyi seperti 'POV (point of view), awak nak pakai bikini (pakaian renang), jadi suami jutawan belikan sebuah pulau'.

Dalam hantaran sama, Soudi menyifatkan pembelian itu sebagai 'pelaburan terbaik' pernah dibuat oleh suaminya.

Lokasi sebenar pulau tersebut bagaimanapun tidak didedahkan atas faktor keselamatan.

Sementara itu, Soudi yang juga merupakan pempengaruh terkenal berpangkalan di Dubai juga dikatakan memiliki ratusan ribu pengikut di Instagram dan lebih sejuta pengikut di TikTok.

Beliau sering berkongsi kandungan video berkaitan gaya hidup, perkahwinan dan perjalanan bersama suaminya.

Dalam satu temu bual, Soudi menggambarkan dirinya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa dan mendedahkan pertemuan dengan Jamal ketika melanjutkan pengajian di Dubai.

Pasangan itu juga sudah mendirikan rumah tangga sejak lebih tiga tahun lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram