PROSES berpantang kembali menjadi topik bualan ramai selepas seorang wanita berkongsi pengalamannya menguruskan diri sendirian selepas melahirkan anak.
Menerusi hantaran Threads dikongsikan wanita yang dikenali sebagai Siti, situasi itu sekali gus memaksanya untuk melakukan segala persiapan sendiri termasuk menyediakan set makanan lengkap untuk berpantang.
Kesemua hidangan juga dimasak dan disimpan di dalam peti sejuk beku beberapa hari awal sebelum tempoh bersalin.
BACA LAGI: Bukan tanda kalah, jaga maruah isteri antara 5 sebab suami pilih diam banding 'berhujah'
BACA LAGI: Wanita hamil serba salah anak termuntah di kafe, lega lihat reaksi staf redakan situasi

Antara menu makanan berpantang yang dimasak dan disimpan dalam peti sejuk beku sebelum melahirkan anak. — Threads/Siti
Perkongsiannya bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada rata-rata warga maya kerana menikmati makanan yang dipanaskan semula.
Susulan itu, beliau tampil menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat atas keperluan dan kekangan hidup dilaluinya.
"Fahamlah situasi sebelum komen, saya ini berpantang sendiri, arwah mak dah lama meninggal, mak mentua pun penat nak jaga ramai cucu.
"Kalau saya tak jaga diri saya, siapa nak jagakan? Lauk pantang inilah yang memudahkan urusan saya dan suami untuk jadi ibu bapa buat kali pertama," katanya.
Beliau menerangkan bahawa kestabilan kewangan menjadi antara faktor utamanya memilih menyediakan makanan sendiri, berbanding mengupah penjaga.
"Kalau upah penjaga luar, perlu bayar RM50 sehari untuk 44 hari, jumlahnya mencecah RM2,200.
"Sedangkan sekarang saya hanya belanja kurang RM300 untuk beli bahan mentah dan masak sendiri.
"Lauk pantang pun ringkas, tapi mengenyangkan," jelasnya.
Sementara itu, ikan singgang dan sup ayam menjadi antara lauk dalam menu setiap hidangan berpantang yang dimasak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
